Wednesday, February 16, 2011

terbang menerbang

ooo.
tiba-tiba terlupa nak update blog pasal server 
kat hostel sangat laaa 'laju' macam siput babi khinzir 

bila server laju cepat-cepat taip laju-laju..

mula-mula nak cerita 
al-kisah terbang ke chelsea hari tu..

* ooo.. makcik depan tu satu flight dengan aku.
tapi bukan nak pergi tengok bola sekali ya..



dan 
nak terbang tengok bola punya pasal
habis aku seret kawan-kawan aku bangun pukul 5 pagi..
semata-mata nak hantar ke airport..


lepas dah kena tinggal sorang-sorang kat airport..
mula menggagau mencari pintu entrance..

sekali jumpa uncle mana entah..
jerit sorang-sorang dalam hati
" oo uncle !! jangan tinggalkan daku .."



kelam kabut pasal lambat bergerak naik ufo kapal menerbang ni
terus tersnap gambar jari..

eh... kenapa kat badan kapal terbang ni tak ada gambar manchester united daaa...
-.-"
ni gambar sebelum terbang...

bila orang tu kata 
" do not use any electronics device during the flight "
terus off handphone..
oooo..
baik nya saya...
mematuhi undang-undang betul..


45 minit kemudian.. 
mari ucapkan 
 "oo. selamat tinggal kapal terbang ku.."
tahun depan aku cari kau lagi ya..

dan ini bukan lapangan terbang kat chelsea ya..
ni lapangan tambang murah atau nama glamer da' boom
dia LCCT..
heee..
terbang balik subang je..
tengok chelsea kat dalam tv..





oo.. sebut pasal chelsea..
hye !! torres... 
awat hang dok main lagu tu

dah..
penat aku beli kau mahal-mahal
tak pasal-pasal drogba kena lelong..



apabila kecewa chelsea kalah dengan liverpool hari tu

terus sarung jersi real madrid..
lepas ni boleh la terbang ke sepanyol pula.. 
heeee..

Sunday, January 30, 2011

kerana LYNN !!

gara-gara si wanita gagah ni; lynn 
yang mengidam masuk gadis melayu AF9..
lepas tu bergolek-golek minta teman dia buat
photoshoot kat tepi sawah





dan kesudahan dia jadi macam ni

nah !! 
semua syok sendiri tangkap gambar da..



        


       



kau nampak gemuk bila berdiri.
duduk sekarang !!

nampak gemuk juga
-.-"

dan


 dah kata awal-awal yang 
aku tak akan jadi hana tajima
sekarang tengok apa dah jadi 
aish....





ooo.. Ahmad Dhani yang jadi pengetua AF9 yang baru ni
aish..

makin teruk lah Malaysia di kuasai Indon ni.. 

Thursday, January 27, 2011

taip-taip dengan cepat

cerita selanjutnya akan dipost kemudian..
nak bersuka ria dulu
heee.








ooo..
baru beberapa hari sudah rasa rindu
sama encik senyum
oo.. apakah... ??
-.-"

Thursday, January 20, 2011

lelaki vs perempuan ( shopping~~!!! )

beza antara lelaki dan perempuan 
bila nak membeli dan membelah


1. pilihan tempat
perempuan : suka tempat yang banyak pilihan. katanya senang nak pilih barang.. 
kalau beli beras sekampit nak ke tesco atau giant.. kat kedai mamak tak banyak pilihan..
kalau tak habis pusing satu shopping mall tu memang tak sah.. semua kedai kena masuk... 
kan.. kan..

lelaki : lebih suka tempat yang dekat dan cepat nak balik.. sekali pusing sekali masuk dah la..
buat sakit kaki je pusing banyak kali 
kann..kan.. 


2. harga barang
perempuan : lebih senang survey harga barang.. lepas tu bandingkan semua harga kat semua kedai
lepas tu barulah pilih yang murah yang cantik atau mahal yang berpatutan..

lelaki : alaaa.. sama je kan.. murah pun ok.. mahal pun okey je.. benda pun sama je kan.. 
beli stokin kat giant sama je kalau beli stokin dekat topman.

3. barang yang dipilih
perempuan : lebih suka macam-macam jenama.. ok bulan lepas beli coach.. bulan ni beli guess pula ya.. 
dan bila beli barang tu akan tilik semua nya.. 
okey ke tak.. koyak ke tak.. tetas ke tak..
kalau ada koyak sikit " hurmm.. tak apa lah.. kita tengok kat tempat lain la"

lelaki : saya suka nike.. kasut nike.. baju nike.. jam nike.. 
boxer pun nike juga..
dan bila beli tu tengok dan rembat sahaja.. 
beli kat satu kedai pastu "dah dapat daa... jom balik... " 


4. berteman 
perempuan : akan bawa 4-5 orang kawan atau pergi dengan adik beradik yang juga perempuan.. 
senang nanti nak tanya
 " ehh.. baju ni okey tak dengan aku ?? " 
atau.. 
"eh.. beli lah yang ni.. yang tu macam kurang sesuai je dengan kau..
 dengan aku sesuai la.."

lelaki : selalu akan pergi seorang je.. senang nak berjalan.. 
kalau pergi dengan kekasih atau isteri pun macam rela tak rela.. 
dalam hati " bila lah nak habis shopping ni.. "
kalau pergi 2-3 orang kawan pun pergi shopping kat kedai sukan je... 
" but ni kalau nak lari ala-ala macam lampard atas padang agak-agak ok tak ??"


5. troli dan bakul
perempuan : kalau pergi beli barang macam dekat tesco atau giant atau thestore je.. 
mesti selagi tak penuh troli dan bakul mesti tak sah.. 
kalau mula-mula tak mahu bawa troli,
 tapi akhirnya akan mencari juga bakul atau troli pasal tak cukup tangan

lelaki : paling banyak sekali pun cuma amik bakul je.. nak bawa troli ?? 
oo leceh nya.. pegang kat tangan kan senang.. ni nak kena tolak.. 



tapi mengikut kajian yang dilakukan oleh orang-orang yang rajin mengkaji ni..

25 % perempuan akan sama seperti lelaki dalam memilih harga..
dan
15 % lelaki akan sama seperti perempuan dalam memilih kemudahan yang digunakan





dan bila ada lelaki tu yang suka shopping , betul kah ?? 
dia akan kata 
"hey, i'm not shopping laa.. i'm just doing my research.. "
ye kan ?
heeeee....
duhai lelaki jangan marah.. 
jom shopping bang ... :)

Wednesday, January 19, 2011

siapa itu hana tajima ..

tiba-tiba bila aku bercerita pasal hana tajima 
si bekas teman sebilik.. (oppss)
dan bekas teman serumah masa zaman diploma dulu ;
 lynn tanya kat aku
" ehh..jap..jap.. siapa hana tajima ?? "

aku pun dengan gigih nya pergi la menaip nama 
hana tajima ni dekat google..
nah !!
keluar semua gambar cantik dia..



hana tajima ni kacukan jepun dan britain
dan dia salah seorang pereka fesyen 
dekat maysaa boutique
dah lima tahun lebih-lebih dia masuk Islam.



dan sekarang kat Malaysia ni kebanyakan perempuan bertudung
dah 'copy-paste'
cara dia pakai tudung..
dan tidak sama sekali nak letak gambar orang-orang yang
pakai tudung macam tu.
sat gi tak pasai-pasai kena saman lak..



ooh.
dan
saya tidak bertukar menjadi 'hana tajima' lagi
oo..
jadi izzianti sadali sudah la..

Sunday, January 16, 2011

petua nak kurang demam

sekarang ni kat Malaysia ni dah macam kat over the sea..
ada macam-macam musim..
kalau panas.. perghhhhh.. 
habis gelap kulit mak,nok oi..
kalau sejuk.. 
pakai 3 lapis pun still menggigil lagi.. 
kaaakkaaaaannnn~~!!

kadang-kadang kalau musim panas-panas pun
boleh kena demam..
paling teruk kalau demam tu bercampur pula dengan selsema
lepas tu batuk pula..
campur dengan gastrik..
arghh.. tersiksa kan..

sekarang kalau anda sedang demam atau selsema..
meh cuba petua ni..



1. rendam kaki dalam air suam.. 
yang dicampur dengan 5-6 biji limau nipis..
atau limau kasturi..
limau mandarin ke..
limau bali pun boleh juga.. 
 

2. makan aiskrim perisa vanilla..
*sedap pula kan aiskrim ni.


3.banyak-banyak minum air masak 
tolak tepi sat la rasa nak minum pepsi tu.
ke nak minum teh ais ke..
minum la air masak banyak-banyak 
untuk neutral kan balik sistem dalam badan.
*sky juice.. nyummmm.. 


4. sapu lendir batang sireh dekat hidung
bersihkan dulu sireh tu..
kemudian hancurkan batang sireh itu
dan ambil lendir yang keluar tu.
kemudian sapu di hidung




ni petua-petua ni dicopy dari internet..
hang pi taip "petua nak hilangkan demam kepialu selsema"
nah.. !!
berpuluh-puluh link akan keluar..



selamat mencuba duhai sesiapa yang tak sihat tu.
:)

Saturday, January 15, 2011

nur kasih the movie : gambar je ye..

puas cari kat google sipnopsis eh... sinopsis filem nurkasih ni..
tapi tak jumpa pun yang penuhnya.
misteri ~~~
ok kena sabar.
bulan mac ni baru boleh berduyun-duyun serang wayang

tak jumpa sipnopsis cerita ni
ehh.. tolong la sinopsis ok..!!

cheq nak kongsi gambar-gambar yang rasa macam
"ehhh.. lawanya orang tu snap gambar ni.."















saya cilok dari : facebook dan google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...