Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Hadiah Terbaik Untuk Lelaki.

kalau tiap kali hari lahir atau pun hadiah untuk hantaran..
perempuan mesti kasi barang-barang macam ni kat lelaki..








semua ni macam dah terlalu biasa sangat nak bagi dekat lelaki.. 
sampai lelaki ni dah boleh agak nak dapat apa masa hari lahir diaorang..


jadi,
apa kata kalau belikan barang ni pula sebagai hadiah untuk lelaki


1. STOKIN BOLA
kauorang beli la banyak-banyak macam ni..
senang lelaki tu nak pilih mana satu yang nak pakai nanti.



2. KAIN PELIKAT


ha !! yang ni memang kena bagi..
berdasarkan pengalaman aku..
tak semua lelaki tahu nak pakai kain pelikat..
betul tak, wahai lelaki... ?

masa kakak aku baru kahwin..
ayah aku hulur kat abang ipar aku kain pelikat.. 
abang ipar aku tersengih-sengih je..
rupa-rupanya dia tak reti dan tak pernah pakai kain pelikat..
bila duduk pun terkial-kial betul kan kain..

tapi jangan tak tahu..
ada juga main bola pakai kain pelikat..





fesyen baru sekarang ni




3. DEODORANT

ha ! ni bukan untuk perli..
tapi dari beli perfume..
baik beli deodorant kan..

nak lagi mujarab..
beli je ni..
bedak hibka..
orang dulu-dulu pakai bedak ni je..
pasal deodorant tak wujud lagi.




4. KOLEKSI PANADOL

kebanyakan lelaki memang tak suka pergi klinik..
kalau pergi pun, cuma kerana nak minta MC je..

kalau makan ubat.. memang payah..
belikan je koleksi panadol ni..
tanda amek berat..
hehehe...

dan jangan lupa belikan sekali
kool fever 

dan
air cap badak !



5. BORANG INSURAN



kalau insuran kereta, 
lelaki ni memang sanggup cari yang paling terbaik..
kena bayar lebih pun tak apa..
janji kereta selamat..
tapi kalau insuran diri..
tak ada nya nak cari yang paling okay..
harapkan insuran dari tempat kerja je..

apa kata kauorang download borang-borang insuran ni..
atau pun pergi cari pamplet insuran ni dan 
balut elok-elok..
kasi sebagai hadiah..




6. POSTER KEMPEN KESIHATAN
yang ni sangat sesuai kalau nak beri dekat lelaki yang selalu hisap rokok..
kalau boleh cari yang banner 5 kaki tu..
gantung besar-besar depan rumah dia..
surprise katakan



7. RIM KERETA
eh ! jangan risau..
bukan beli rim yang baru..
tapi pergi la kat bengkel kereta mana-mana..
cari rim yang dah bengkok-bengkok tu..
kalau boleh yang baru lepas accident

bukan untuk perli..
sebagai tanda 
" jangan bawa kereta laju-laju ya,bang "




8. KOPI
kopi ni pun sangat bagus kalau nak jadikan sebagai hadiah..
terutama kalau yang suka berjaga sampai pukul 3-4 pagi
semata-mata tengok bola..




9. BUKU AGAMA
ha !! beli je 5-6 buah buku agama.. 
1 kotak pun tak apa..


tapi ramai yang kata buku ni paling sesuai untuk lelaki..





10. TAFSIR AL-QURAN &
 SEJADAH

ni sebagai tanda semoga dia bersedia nak jadi ketua keluarga.. 




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------.

p/s : kepada lelaki.. 
jangan marah ye,bang..
:) 

nanti birthday saya.. 
saya nak ni..



Honda Mugen
hehehehe..


















----------------------------------------------
be happy, smiley. 
:) 

Friday, May 20, 2011

mari check blog anda seberat gajah atau seringan semut

kadang-kadang kalau terlebih 'meriah' sangat blog tu..
orang lain nak buka pun malas..

betul ! 
kalau traffic blog kauorang tetiba jatuh menjunam terjun basement tu
cuba la check balik apo kono blog hang tu..


meh try check keberatan blog kauorang tu
buka web page ni

pingdom


jangan risau..
tak payah kena bayar..

cuma letak je url blog kauorang tu..
lepas tu tekan test now

dan terus dapat result 




dan aku pernah cuba..

tengok !!


dah !


pergi cuba sekarang !!











good luck smiley.
i'm praying for you. 

Sunday, March 27, 2011

tips : memilih calon pasangan hidup menurut Islam

selepas 4 hari berturut-turut berkampung berpiknik
bersuka ria bersakit kepala 
dekat library kangar
terus rasa nak jadi prof.izzi balik..



tips hari ini :  
memilih PASANGAN HIDUP 
menurut Islam.
konsep memilih colan calon-calon pasangan hidup 
mengikut konsep Rasulullah s.a.w 
(dari sumber yang dipercayai dan
dipendekkan ayat-ayat nya supaya senang nak faham)

1. KENAL
Kita di suruh kenal bakal pasangan terlebih dahulu 
bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata. 

Erti kenal ni termasuk hati budi dan pegangan hidupnya.
Latar belakang keluarganya juga penting kerana cara hidup seseorang
itu terbentuk berdasarkan latar belakang keluarganya juga.

tips berguna : kita boleh kenal melalui dari corak 
kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.




ceeewaaaa !! prof izzi betul
ok sambung lagi.




2.KELAS
Kelas tak bermaksud perlu tengok dia masuk kelas mana samada aliran sains tulen,
teknik atau kelas arab masa zaman sekolah.
Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang 
berkelulusan agama, berjanggut, bertudung labuh dan berserban sahaja. 
Tetapi kelas yang dimaksudkan ni adalah mengikut 
cara hidup dan sikap seseorang itu.

tips berguna(kot) : lebih elok kalau nak senang nampak dia termasuk dalam kelas mana,
buat lah jadual ke.. carta minda ke..hehehe.


3.KUFU
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama 
dan keturunan juga perlu di seimbang.
Jika terdapat keturunan golongan atasan, 
wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. 

tetapi kufu ni tak bermaksud kufu secara menyeluruh.
bukankah perkahwinan ni saling melengkapi kan..?
kalau tak cukup,disini. kita tambah disitu.
kan..kan..kan..


4.KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta 
tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan 
wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. 

Merujuk kepada sebuah hadis......
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" 
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita,
perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, 
kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" 

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok
atau kahwin-kahwin macam masa zaman kanak-kanak.
 

5.REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting.
kalau kita redha dan ikhlas, insyaAllah rumah tangga akan bahagia.
setiap kekurangan dan kelemahan dia perlu kita terima seadanya.

tips berguna : selalu lah buat solat tahajud atau solat sunat agar hati kita
sentiasa ikhlas nak terima seseorang itu..

pusat sumber sekolah : internet la 



wah ! kunun-kunun nak pendekkan ayat.
tak nak buat entry panjang-panjang..
sekali nah ! amek !
panjang lebar da ni.

dan
oh ! saya sedang mencari 'imam'
^__________^









Thursday, February 24, 2011

bila menangis itu ada kebaikan, jadi menangis lah

puas dah pusing keliling google
nak cari macam mana mata boleh menangis..
dan macam mana dari perasaan tu boleh dikeluarkan dengan air mata..
tapi last sekali tak jumpa-jumpa juga..
aish..
 bakal-bakal atau sudah jadi doktor diluar sana tu
meh la kasi info pasal mata..

yang dapat dicari kat pakcik google ni
kebaikan menangis.
wow !!
menangis pun ada kebaikan..


Kebaikan Pertama : Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, 
jadi bukan hanya mata itu sendiri. 
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrat pada membran mata
yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur. 
tapi kalau terlebih nangis pun boleh bertambah rabun juga kan..
MySpace


Kebaikan Kedua : Membunuh bakteria

Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan 
lisozom yang boleh membunuh 
sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
jadi tak payah lah susah-susah tenyeh eyemo kat mata lepas ni..
MySpace

Kebaikan Ketiga : Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh 
menurunkan level depresi kerana dengan menangis, 
mood seseorang akan terangkat kembali. 
Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis
 kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna 
dalam menstabilkan sistem metabolisme tubuh 
berbanding air mata yang dihasilkan dari kerengsaan mata.
MySpace

Kebaikan Seterusnya 
eh.. no empat : Mengeluarkan racun:

Seorang ahli biokimia, William Frey 
telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
haa !! jangan pula bila air mata ni jadi racun kau orang
terus guna nak matikan nyamuk atau semut.
MySpace

Kebaikan kelima ya : Mengurangkan stress

 Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, 
air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.
MySpace

Kebaikan keenam pula : Membina komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga dapat membantu seseorang membina sebuah komuniti. 
Biasanya seseorang menangis selepas menceritakan 
masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, 
dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
tapi jangan lah kalau baru nak berkenalan dengan orang, terus menangis depan dia..
kunun-kunun nak eratkan silaturrahim..
tapi kadang-kadang menangis depan kawan ni pun tak ok juga..
ada kawan yang baik akan menangis sekali dengan kita.. 
tapi ada juga yang kawan akan ketawa bila kita menangis..
MySpace


Dan akhir sekali.. : Melegakan perasaan

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.Keluarkanlah masalah di fikiran lewat menangis, 
jangan dipendam.
menangis lah anda sebelum anda ditangisi.. 
MySpace

jadi 
marilah kita menangis beramai-ramai.
huwaaaaaaaaaaaaa 
T_T


credit : kingtop



letting go does'nt mean giving up..
it's mean accepting something that 
never meant to be.

semoga bahagia.
amin.

Monday, February 21, 2011

tips : nak buat keputusan


 "...the words from your mouth will be empty and each action will be meaningless
unless your heart,your soul, and your whole being are behind every DECISION you make,
truth and confidence are the roots of happiness....
"


setiap hari dalam kehidupan kita kena buat keputusan..
nak bangun tidur pun nak kena buat keputusan..
pukul 6 ke.. pukul 6.15.. ??

kalau benda kecil, mungkin kita boleh buat keputusan dalam masa sekejap..
tapi kalau melibatkan orang lain.. 
contohnya keluarga,kawan-kawan,orang yang kita sayang..
tak semua nya kita boleh buat keputusan dalam sekelip mata.. 
lebih-lebih lagi kalau melibatkan masa depan..
salah pilih kang.. 
ekau yang merana..
eden tak tahu.. 


meh nak kongsi sikit.. cara nak buat keputusan..
mungkin tak berapa tepat sangat..
 almaklum lah saya bukan pakar motivasi..
tapi sekurang-kurangnya nak membantu memberi idea kepada siapa-siapa 
yang nak membuat keputusan ni..

1. buat senarai pro dan kontra nya..
rajin-rajin la sikit tulis..
pro dan kontra nya..
dari situ kita boleh nampak mana yang lebih memberi manfaat..
mana yang lebih memberi masalah..
2.kaji betul-betul keputusan nak diambil.
orang kata fikir guna akal..
berhakim kan dengan hati.. 
baru tenang nak buat keputusan..
jangan serahkan semuanya pada fikiran..
takut nanti hati jadi kecik..
ooo.. kecik hati... 

3.bertanya pada pihak ketiga..
selalunya kalau bab jodoh contohnya..
kalau dah banyak calon tapi tak tahu nak pilih mana satu.. 
cuba bawa semua calon tu jumpa keluarga..
gerak hati mak ayah selalu tepat..
kalau tentang masalah lain.. cuba tanya pada yang lebih pakar..
tanya pendapat dan mencari idea untuk dibuat keputusan..


4.solat istikharah..
minta petunjuk dari Allah swt..
tapi petunjuk tak semestinya dari mimpi..
tapi mungkin dari apa yang kita lihat..
dan apa yang kita rasa..

5. tawakal.
dengan cara "wait and see" pun kadang-kadang dapat 
menentukan apa keputusan yang kita nak pilih..
dan redha dengan setiap apa yang berlaku..
jadi bila dah buat keputusan walau pun kita rasa macam tak betul juga..
sekurang-kurangnya kita akan rasa lebih tenang..


dan kena ingat..
insyaAllah..
kalau niat kita baik..
Allah akan permudahkan.. 
amin.

Friday, February 18, 2011

cepat kira BMI kau !!

misi : menaikkan berat badan
ketinggian : 152 cm
berat dulu : 44.5 - 45 kg

nak naikkan sampai : 50 kg
oo.. melampau. !!
47-48 kg je..
dah la tak cukup tinggi..
ada yang kena angkat dengan kren nanti kan.. 



ok..
mari kira bmi dulu
apa tu BMI ??
nak kira kalori.. ??
nanti dulu lahh...
hari ni kita kira BMI je ye..
BMI= Berat (kilogram) /[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]
kalau kauorang genius kira congak pun boleh...
tapi..
ni kalau kauorang rajin la nak tekan kalkulator.
lau rajin lagi boleh guna sempoa.. alaa
yang ada manik-manik banyak tu.. 


buat siapa-siapa yang malas macam aku ni..meh cari website yang ada kira bmi ni..

 nama pun nak langsing
buka la laman web ni
 kalau nak tengok jadual pun boleh gak.. 
 *nak besar klik kanan..
nak besar lagi.. 
pi cari sendiri kat google..









yeay !!
 saya sihat..
BMI masih normal..
dah tak payah nak buat muka macam ni pasal 
risau tinggi tak setara dengan berat .. 
sampai dah terkeluar muka alien

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...