selepas 4 hari berturut-turut berkampung berpiknik
bersuka ria bersakit kepala
dekat library kangar
terus rasa nak jadi prof.izzi balik..
tips hari ini :
memilih PASANGAN HIDUP
menurut Islam.
konsep memilih colan calon-calon pasangan hidup
mengikut konsep Rasulullah s.a.w
(dari sumber yang dipercayai dan
dipendekkan ayat-ayat nya supaya senang nak faham)
dipendekkan ayat-ayat nya supaya senang nak faham)
1. KENAL
Kita di suruh kenal bakal pasangan terlebih dahulu
bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata.
Erti kenal ni termasuk hati budi dan pegangan hidupnya.
Latar belakang keluarganya juga penting kerana cara hidup seseorang
itu terbentuk berdasarkan latar belakang keluarganya juga.
tips berguna : kita boleh kenal melalui dari corak
kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.
ceeewaaaa !! prof izzi betul
ok sambung lagi.
2.KELAS
Kelas tak bermaksud perlu tengok dia masuk kelas mana samada aliran sains tulen,
teknik atau kelas arab masa zaman sekolah.
Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang
berkelulusan agama, berjanggut, bertudung labuh dan berserban sahaja.
Tetapi kelas yang dimaksudkan ni adalah mengikut
cara hidup dan sikap seseorang itu.
tips berguna(kot) : lebih elok kalau nak senang nampak dia termasuk dalam kelas mana,
buat lah jadual ke.. carta minda ke..hehehe.
buat lah jadual ke.. carta minda ke..hehehe.
3.KUFU
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama
dan keturunan juga perlu di seimbang.
Jika terdapat keturunan golongan atasan,
wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
tetapi kufu ni tak bermaksud kufu secara menyeluruh.
bukankah perkahwinan ni saling melengkapi kan..?
kalau tak cukup,disini. kita tambah disitu.
kan..kan..kan..
4.KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta
tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan
wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin.
Merujuk kepada sebuah hadis......
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita,
perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:
Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu,
kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"
kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"
Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok
atau kahwin-kahwin macam masa zaman kanak-kanak.
5.REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting.
kalau kita redha dan ikhlas, insyaAllah rumah tangga akan bahagia.
setiap kekurangan dan kelemahan dia perlu kita terima seadanya.
tips berguna : selalu lah buat solat tahajud atau solat sunat agar hati kita
sentiasa ikhlas nak terima seseorang itu..
tips berguna : selalu lah buat solat tahajud atau solat sunat agar hati kita
sentiasa ikhlas nak terima seseorang itu..
pusat sumber sekolah : internet la
wah ! kunun-kunun nak pendekkan ayat.
tak nak buat entry panjang-panjang..
sekali nah ! amek !
panjang lebar da ni.
dan
oh ! saya sedang mencari 'imam'
^__________^
No comments:
Post a Comment