2-3 minggu ni agak kerap bersukan..
sekarang ni pun tengah berlangsungnya Sukan UniMaP..
bila orang tanya
" kamu nak masuk badminton tak ?"
cepat-cepat angkat tangan..
orang tanya lagi
"futsal ada kosong lagi ni.. nak masuk tak ?"
angkat terus dua-dua tangan
dan kaki.
memang bersukan ni sangat bagus untuk kesihatan..
antara faedah-faedah kalau rajin bersukan ni :
- dapat meningkatkan kekuatan dan kelembutan otot.
- jantung boleh bekerja dengan lebih cekap ketika bersenam dan berehat
- kadar nadi akan meningkat.
- tekanan darah tinggi dapat dikurangkan.
- dapat tingkatkan keupayaan badan nak kawal paras glukosa dalam darah
- menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis
dengan semangat kononnya nak
boleh kurangkan lemak-lemak kat badan..
ate nye jadi terbalik ye, yob..
rase nak jerit kat lemak-lemak ni je
"kite bako je.. kite bako je.. "
badan dah membesar bagaikan doraemon dah ni..
dulu bila berat 47kg, lemak masih terkawal..
tak tersembui kiri kanan lagi ..
tapi sekarang..
berat 47 kg dah macam badan orang 60 kg..
haaa !! tengok !!
muka bulat gila..
senyum 'sorok-gigi-cikponti' macam ni
buat makin bulat je..
bila badan dah membesar,
kenalah sedar-sedar diri pakai baju besar-besar juga..
tapi masih nampak bulat kan..
kalau lelaki yang aktif sukan akan dapat six pack..
ni yang dapat double triple fourple pack..
dah !! nak jadi pemalas balik la lepas ni.
tak mahu bersukan da..
merajuk !!
(tiba-tiba)
-.-"
oh ye..
chelsea menang pula malam tadi..
kebetulan pagi tadi masa tengah menggaruk-garuk
kepala nak pakai baju apa hari ni,
terus terpandang baju chelsea..
dan sebelum pergi kelas ada orang cakap
"ooo.. mentang-mentang la chelsea menang ngan man.u malam tadi,
terus pakai jersi chelsea ye"
terus jawab balik
"biasa lah.. lampard kan power "
padahal baru tau je malam tadi ada game chelsea dan man.u.
heeeee...
budak bulat pakai jersi chelsea
masuk cafe terus sarung jaket
tiba-tiba rasa malu pula dengan r...w..
No comments:
Post a Comment