Thursday, March 31, 2011

pesta buku di perlis & banjir !



bila dapat tahu " eh !! hari ni hari last pesta buku kat Kangar la.."
terus berlari-lari pergi pinjam motor..

 nasib baik cuaca okay haritu..
terus berkampung 3 jam dalam tu.

 

eh ! maher zain pun ada la..
teruja !! teruja .. !!
ok ! poster aje..


dan pusing punya pusing..
akhirnya ni je aku rembat..

*sila abaikan peha besar di tepi itu..
heheh..

dan
serius ! sila beli buku ni walaupun kau bukan lelaki ..
serius !!


bila keluar je kat pintu depan,
orang-orang kat kaunter urusetia tiba-tiba tahan
"dik ! resit mana ? "
eh ... kena tunjuk resit ke kalau nak balik
dengan muka tercengang dan terkial-kial
terus pungah beg plastik cari resit
" nah isi ni.. borang cabutan bertuah "
oh !! aishh.. buat suspen je..


cabutan bertuah ?
nah !! 5 borang aku isi..



kitaorang ingat kitaorang je eksited terlebey tunggu cabutan bertuah..
sekali nah !!
semua makcik pakcik kakak abang tiba-tiba muncul tunggu nama kena panggil


kitaorang pun menyelit-nyelit dekat tengah-tengah tu dengan harapan ada la terlekat satu hadiah
tapi satu pun tak tersangkut..
oh ! tak tercapai hasrat nak angkut TV bawa balik dengan motor..



dan oh !!
lupa nak beritahu..
kangar sedang banjir teruk..

*sambil bawa motor amek gambar..
nasib baik tak tergolek.. heee..



doakan semua warga kangar dan perlis selamat.
amin.


 oh ! minggu ni dah tak boleh berkampung kat library dah..
tapi minggu ni berkampung di subang..
heee.. saya pulang !!

Sunday, March 27, 2011

bila ayaq tadak wei !

entry hari ni kena tukaq bahasa.
dari selangor pi tukaq jadi orang perghleeh sat..

eh !! memang dah orang perghleeh pun..
nak masuk 6 taun dok snie...
jadi permastautin dah lepaih..
penduduk tetap ja tak lepaih-lepaih lagi..
hehe
(..ayat ada maksud .. )




ni tasik empangan timah tasoh


yang jadi sumber ayaq untuk satu perghleeh ni..
lau ujan lebat sangat, depa lepaih ayaq ni..
habis kangaq banjir teruk.. 
.
.
.
.

.
.
.
tapi....
bila empangan yang cantik molek kacak cun ni depa dok pi betoi
teruih kami semua kena tadak ayaq
dari hari khamis lagi..
entah depa betoi apa entah sampai jadi lagu tu..
aishhh !!!




angkara ingat ayaq dah okay balik sekejap..
kami pun lupa laa nak pi tadah ayaq balik...
dah dok kalut cari ayaq keliling umah..




cari punya cari..
ada la seketui paip had luaq ni ada ayaq lagi..
teruih pi amek baldi n segala jenis botoi..


dan bila bilik kat tingkat atas..
akhirnya kami pun jadi macam ni..


ada 2 orang vampire tengah dok tadah ayaq kat luaq umah



lagi 2 orang dok terngendap-ngendap kat tingkap 
sambil tunggu turn tarik botoi ayaq..
tadak tali rafia guna kabel internet.. 




dalam masa setengah jam..
gigih kami dok usaha jadi buruh binaan..
naseb baik tak tercabut bumbung kena botoi..



ni namanya `theorem darurat' bila takda ayaq..
dah layak dah jadi enginior da ni..





buat malu ja..
nama ja ada keturunan kedah-pergghleh.
buat ayat  tunggang langgang..
aihhhhh !!


kepada orang-orang utara..
maaf naaa lau terrrrosaaakk kan bahasa anda..
saya baru belajaq..

baru 2 taun ni ja 'tiba-tiba' teringin jadi orang perghleh gak..
hehehe..
(gelak ada maksud)



credit : si tukang betoikan ayat..
dan si teman tarik botoi naik atas..

nadira ismail:D

tips : memilih calon pasangan hidup menurut Islam

selepas 4 hari berturut-turut berkampung berpiknik
bersuka ria bersakit kepala 
dekat library kangar
terus rasa nak jadi prof.izzi balik..



tips hari ini :  
memilih PASANGAN HIDUP 
menurut Islam.
konsep memilih colan calon-calon pasangan hidup 
mengikut konsep Rasulullah s.a.w 
(dari sumber yang dipercayai dan
dipendekkan ayat-ayat nya supaya senang nak faham)

1. KENAL
Kita di suruh kenal bakal pasangan terlebih dahulu 
bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata. 

Erti kenal ni termasuk hati budi dan pegangan hidupnya.
Latar belakang keluarganya juga penting kerana cara hidup seseorang
itu terbentuk berdasarkan latar belakang keluarganya juga.

tips berguna : kita boleh kenal melalui dari corak 
kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.




ceeewaaaa !! prof izzi betul
ok sambung lagi.




2.KELAS
Kelas tak bermaksud perlu tengok dia masuk kelas mana samada aliran sains tulen,
teknik atau kelas arab masa zaman sekolah.
Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang 
berkelulusan agama, berjanggut, bertudung labuh dan berserban sahaja. 
Tetapi kelas yang dimaksudkan ni adalah mengikut 
cara hidup dan sikap seseorang itu.

tips berguna(kot) : lebih elok kalau nak senang nampak dia termasuk dalam kelas mana,
buat lah jadual ke.. carta minda ke..hehehe.


3.KUFU
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama 
dan keturunan juga perlu di seimbang.
Jika terdapat keturunan golongan atasan, 
wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. 

tetapi kufu ni tak bermaksud kufu secara menyeluruh.
bukankah perkahwinan ni saling melengkapi kan..?
kalau tak cukup,disini. kita tambah disitu.
kan..kan..kan..


4.KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta 
tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan 
wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. 

Merujuk kepada sebuah hadis......
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" 
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita,
perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, 
kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" 

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok
atau kahwin-kahwin macam masa zaman kanak-kanak.
 

5.REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting.
kalau kita redha dan ikhlas, insyaAllah rumah tangga akan bahagia.
setiap kekurangan dan kelemahan dia perlu kita terima seadanya.

tips berguna : selalu lah buat solat tahajud atau solat sunat agar hati kita
sentiasa ikhlas nak terima seseorang itu..

pusat sumber sekolah : internet la 



wah ! kunun-kunun nak pendekkan ayat.
tak nak buat entry panjang-panjang..
sekali nah ! amek !
panjang lebar da ni.

dan
oh ! saya sedang mencari 'imam'
^__________^









Thursday, March 24, 2011

betul kan ?


"   biasa laa.. sifat manusia..

Bila tak suka dengan sesuatu,
mesti akan nampak keburukan jer..   " 

betul kan.?

Wednesday, March 23, 2011

sakura season at perlis


kalau tengok cerita atau komik jepun mesti rasa teruja nak berangan-angan nak 
pergi tangkap gambar kat pokok sakura..


konon-konon boleh jadi macam aaron aziz kwok 
menari-nari bawah pokok..
konon je !




dah 5 tahun duduk menumpang kat Perlis ni..
baru tahun ni jumpa pokok
seakan-akan-kunun nya
macam pokok sakura..
entah apa nama pokok ni ..
*kasi edit sikit bagi nampak macam old season



 *yang ni feeling hindustani
tunggu shah rukh khan dari changlun mai jemput bawah pokok


*yang ni feeling lee hyori..
tunggu si smiley man..
eh.. dia memang ada pun kat situ..
eh.. !!!

dan
eh !! saya tak gemuk da la..
dah kurang 2 kg dalam masa 2 minggu..
sila tepuk tangan.. !


tengok bukti dah jadi ramping balik




*seksa tahan nafas sambil renyih macam ni..



dan sekarang dah habis musim autumn kat perlis..
masuk pula musim winter..

oh ! hujan .. 

Wednesday, March 16, 2011

quotes : cloudy with a chance of meatball

...you can run away to everybody.. 
but you  can't run from your own feet...
- cloudy with a chance of meatball-

a doctor in the house

*is it he look cute even in 86 years old ?

In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia 
Dr Mahathir Mohamad transformed his country 
from an agricultural backwater into an industrial powerhouse 
that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.

This remarkable achievement was not without controversy, 
and Dr Mahathir’s extraordinary vision and
iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. 
He has been described—typically and paradoxically—
as a tyrannical dictator, 
a bête noir,
 as well as inspiring, courageous and an outspoken 
defender of the downtrodden,
the Third World, and moderate Islam.

At almost every turn
Dr Mahathir rewrote the rules.
This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, 
but publicly bold, statesman. 
It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. 
It is neither apology nor defence, but a forceful, 
compelling and often exciting account of
how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why. 


copy and paste from : MPH 





I'm not a political person.
or the political viewer or follower..
but I'm feel i had a right to know what going on behind the
Malaysia's administration and the master mind
who leading our country
until we achieve what we had now.
 come on people !
go and grab it 








 and don't forget to get ones for me too..
heee... 
( Perlis tak dak MPH )













and oh !
tomorrow is a special convocation
for Tun Mahathir and his wife
Tun Siti Hasmah.
 welcome to UniMAP , Tun !!
 we proud to have you both here even for a while.



(lepas subuh esoh teruih 
pi duduk depan pintu dewan 2020,
bawa sepanduk
"TUN, saya nak buku free...
dengan sign sekali..
... heee.. " )




 dan
sejarah hidup NABI MUHAMMAD pun bagus untuk dibaca
:)






right now,
i'm just smiling because 
i have no idea what is going on with him.
oh !
please be with him,GOD.
semoga dia rasa tenang dan sabar. 
amin.

Monday, March 14, 2011

menarik ni wei : facebook zaman dulu-dulu









~sekadar untuk hiburan~
(nanti kena saman pula heee)



credit :  email dari google

tsunami and you.

Tsunami at Japan 2011
ALLAHUAKBAR !




worry about what you can bring
when the end of day is come.
is it the bad ones are more ?
or is it the good ones are just enough ?


the disasters happens around us
are one of the marks to
show us that 
" kita tak lama hidup di dunia "


in this less time that we had,
find your right way.
" dunia itu persinggahan semata..
akhirat itu kekal selamanya "

Saturday, March 12, 2011

saya minta maaf -.-"

" saya minta maaf..

benar-benar nak minta maaf...



saya tahu awak tak selesa dengan
 apa yang saya dah buat ni..
saya sangat-sangat minta maaf...




apa saya buat ni sebenarnya dari hati saya..
saya tak sanggup nak tipu diri saya..



tapi tak sangka akan jadi macam ni..
saya minta maaf..






tolong lah maafkan saya..
saya tak tahu nak buat apa ni..


saya dah tak boleh nak concentrate belajar..
saya dah tak boleh duduk diam..
saya asyik teringatkan apa yang awak fikir 
tentang saya....





saya susah hati kalau awak marahkan saya.. 


saya tak ada niat nak kacau awak...





saya minta maaf...














wahai perut,
tolong lah maafkan saya..
saya dah sumbat awak dengan 
banyak sangat makanan hari ni..

sekarang awak dah sakit..
maaf..




saya jadi 'pantang' tengok makanan..



maafkan saya,
duhai perut ...

saya tak sengaja... "









-perkara ini terjadi selepas :
pukul 9 pagi..makan 2 roti
pukul 3 petang makan nasi sepinggan
pukul 8 malam makan 2 roti dan sebungkus nasi penuh..

dan licin semua !

padan muka !!!
dah sakit perut da makan banyak-banyak 

Wednesday, March 9, 2011

degupan jantung

encik google sekarang ni sangat berguna
banyak betul ilmu dia kumpul dan kongsi
aish..
nak tukar nama lah jadi izzigooglanti la..


ini  fakta menarik pasal jantung yang encik google kasi
kalau kauorang taip "fakta unik tentang jantung"



1. patah hati boleh mengakibatkan masalah jantung.
patah hati ni tak lah bermaksud keluarkan jantung 
lepas tu flying kick laju-laju sampai patah dua.
patah hati ni macam kecewa lah..
kajian menunjukkan patah hati boleh membawa serangan jantung.
jadi berhati-hati lah kalau nak kecewakan orang,
tak pasal-pasal orang tu sakit jantung pula..

2.cinta boleh membuatkan jantung bertambah sihat. 
ini kerana ketika bercinta, 200 kalori akan terbakar..
sama banyak dengan kalori yang terbakar ketika berjalan dengan pantas
selama 15 minit tanpa henti.... 
tapi kalau yang tak bercinta tu, buat-buat lah bercinta
tak semestinya kena cari lain jantina kan kalau nak bercinta..
oh ! ini tak bermaksud boleh jadi lesbo atau gay ye..
haram tetap haram !
bercinta lah dengan ibu bapa ke,
dengan buku ke,
dengan pelakon korea ke, 
bercinta dengan Tuhan pun boleh kan ?
yang penting, jadikan lah jantung anda lebih sihat dan kuat 
oh.. iklan milo pula.. 


3.ketawa mampu menyihatkan jantung..
ini kerana ketawa dapat membuatkan darah mengalir lebih lancar
selama 45 minit selepas ketawa.. 
tapi jangan lah orang tengah tengok wayang cerita 
sedih, tiba-tiba kauorang menangis pula semata-mata
nak jantung sihat..
tak keno tempat tu, eh jang .. 










oh !
ada banyak lagi sebenarnya fakta menarik pasal jantung..
tapi kalau taip panjang-panjang orang tanya pula
 " ni blog hospital pakar jantung kaa ? " 






si Enrique Iglesias dan Nicole Kidman 
eh.. Nicole Schwarzenegger
eh.. tak Nicole David 
eh.. Nicole ape entah
dok nyanyi lagu pasal jantung ni..
tapi semestinya tak ada kena mengena dengan iklan Quaker Oat ye..



i saw you talking on the phone
i know that you were not alone
but you're steal my heart away

maybe it's the way you move 
you've got me dreaming like a fool 
that i could steal your heart away
                        -heartbeat.

Monday, March 7, 2011

TAWAKAL

Dari Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu Anhu, dia berkata, 

"Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, 

"Andaikan kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, nescaya Dia kan menganugerahkan rezeki kepada kalian sebagaimana Dia menganugerahkan rezeki kepada burung, yang pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, lalu kembali pada petang dalam keadaan kenyang." 


dengan mengingat Allah, tenteramlah dirimu
insyaAllah..
yakin lah padaNya.

 jika hari ini bukan hari kita..
insyaAllah .. 
esok adalah hari kita..

Saturday, March 5, 2011

hari hectic !

oh !
kami kalah hari ni.
bukan kalah..
tapi tak bernasib baik..
belum rezeki lagi..

futsal laaa :
(pagi)


dengan jersi no 11 saiz XXL
dan bercop KASTAM BUKIT KAYU HITAM
eh.. ada cop arsenal okey !!
mula lah perlawanan pertama dengan PPK Alam Sekitar..


dan mereka bermain futsal macam main ragbi..
oh ! sangat ganas..
sampai koyak seluar penjaga gol kitaorang..

dari jauh orang tengok
" weii !! arsenal lawan chelsea laa.."
akhirnya tumbang juga arsenal dekat tangan chelsea..
tapi kalah 2-0 itu perkara biasa kan..
main bola katakan..

perlawanan kedua dengan PPK Mekatronik
kali ni jersi dah terbang melayang..
dari pasukan kastam jadi pasukan hitam..
bila pengadil jerit
" pass kat hitam " 
terus pandang kat pengadil dengan muka tak puas hati,
  'saya terasa la encik..!! tau la saya hitam '
tapi cepat-cepat tersedar
'eh.. kau kan pakai baju hitam..apaaaadaaa...'
tendang jatuh tendang tergolek-golek
akhirnya 0-0 jer..


bila tengok perlawanan student lelaki memang best !!
dah nama ni memang sukan lelaki..
memang mereka pakar lah..
kagum-kagum..
tengok mereka warming up pun boleh kagum



dan badminton :
(petang)

oleh kerana sakit kaki gara-gara terlebih
berlari masa main futsal ,
nak pakai kasut pun tak ada perasaan..

jadi, duduk diam-diam bising-bising tepi court
tengok lah kawan-kawan main..

.
.
.
.
.
.
.
tak amik gambar pasal bateri handphone dah low
.
.
.
.
.
.
.
.
.
balik dari perlawanan badminton,
dengan hujan nya,
ada hati pula nak race pula dengan Jazz merah..
terlupa seketika naik motor tayar dua..
nasib baik tak tertonggeng masa nak elak lopak
dekat depan Petronas Behor Temak..





aish..
memang hari yang hectic la hari ni..
tapi saya happy :)


alhamdulillah.

Friday, March 4, 2011

futsal oo futsal

5 Mac 2011

perlawanan futsal
antara 
Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan
vs 
Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam sekitar
dan 
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

dan tiba-tiba pula terwakil
eh.. termasuk pula..
eh.. teringin nak join
futsal
padahal sepak angin je lebih..

doakan kami berjaya
aip !!
bukan alam sekitar atau meka
PEMBUATAN ok !



dan saya masih ada lagi saki baki perlawanan badminton
oh ! dah masuk suku akhir dah..
doakan kami berjaya juga ya..

dan kawan2..
kali ni saya jadi reserve lagi je la ye..
heeee..



Semoga Allah swt memberkati usaha kita..
tawakal sepenuh hati..
amin
:)

Tuesday, March 1, 2011

bersukan itu membulatkan badan

2-3 minggu ni agak kerap bersukan..
sekarang ni pun tengah berlangsungnya Sukan UniMaP..

bila orang tanya
" kamu nak masuk badminton tak ?"
cepat-cepat angkat tangan..

orang tanya lagi
"futsal ada kosong lagi ni.. nak masuk tak ?"
angkat terus dua-dua tangan
dan kaki.



memang bersukan ni sangat bagus untuk kesihatan..
antara faedah-faedah kalau rajin bersukan ni :
  • dapat meningkatkan kekuatan dan kelembutan otot.
  • jantung boleh bekerja dengan lebih cekap ketika bersenam dan berehat
  • kadar nadi akan meningkat.
  • tekanan darah tinggi dapat dikurangkan.
  • dapat tingkatkan keupayaan badan nak kawal paras glukosa dalam darah
  • menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis


dengan semangat kononnya nak
boleh kurangkan lemak-lemak kat badan..
ate nye jadi terbalik ye, yob..
rase nak jerit kat lemak-lemak ni je
"kite bako je.. kite bako je.. "

badan dah membesar bagaikan doraemon dah ni..
dulu bila berat 47kg, lemak masih terkawal..
tak tersembui kiri kanan lagi .. 

tapi sekarang..
berat 47 kg dah macam badan orang 60 kg..

haaa !! tengok !!
muka bulat gila..
senyum 'sorok-gigi-cikponti' macam ni 
buat makin bulat je..


bila badan dah membesar, 
kenalah sedar-sedar diri pakai baju besar-besar juga..
tapi masih nampak bulat kan..



kalau lelaki yang aktif sukan akan dapat six pack..
ni yang dapat double triple fourple pack..


dah !! nak jadi pemalas balik la lepas ni.
tak mahu bersukan da..
merajuk !!
(tiba-tiba)
-.-"


oh ye.. 
chelsea menang pula malam tadi..
kebetulan pagi tadi masa tengah menggaruk-garuk
 kepala nak pakai baju apa hari ni,
terus terpandang baju chelsea..

dan sebelum pergi kelas ada orang cakap 
"ooo.. mentang-mentang la chelsea menang ngan man.u malam tadi,
terus pakai jersi chelsea ye"
terus jawab balik
"biasa lah.. lampard kan power "
padahal baru tau je malam tadi ada game chelsea dan man.u.
heeeee...
budak bulat pakai jersi chelsea
masuk cafe terus sarung jaket
tiba-tiba rasa malu pula dengan r...w..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...