Saturday, June 30, 2012

berhenti sakiti anak itu !!

berhenti sakiti anak itu !!


mereka tidak berdosa

merekea tak memahami 






berhenti sakiti anak itu !!


mereka perlukan kasih sayang


bukan kesakitan mahupun ketakutan







mereka perlukan senyuman
bukan nya tangisan 



hilang kasihnya sang ayah

hilang sayangnya sang ibu

hilang rasa tenang dan damai di hati





wahai anak ! 
Allah bersama mu..
sentiasa..




Allah mendengar doa mu wahai anak 


Allah mendengar. 
dan Allah melihat.








Friday, June 29, 2012

Jubah !!

Assalamualaikum.
:) 




minggu ni dah bermula kelas Autocad..
pasal Autocad tu cerita kat entry lain ye..
(tunggu lukisan kereta volkswagen siap..hehe.. insyaAllah)
sekarang nak cerita bab lain pula.. 




bila dah nama hari jumaat, 
dibagi la rehat dari pukul 12.30-3.00 petang.. 


dah diberi rehat 3 jam , terus panjang kaki nak melangkah 
kalau rehat sejam lebih macam 
hari-hari-yang-bukan-hari-jumaat
tak la panjang kaki merayau jauh-jauh..

paling jauh Paris , Dhaka, Cairo
( tidur ) !!!





panjang tak panjang kami melangkah 
ke Changlun la juga..

dari perghleeeh ke kedaahh tuuuuu....



dah ke Changlun, 

mesti la teringan kaki pergi C-mart.. 
di ulang teringan kaki..bukan teringin hati.. 
-_-


dah teringan kaki tu,
mesti la teringan mata juga.. 


tapi yang meringan mata nya 
tengok benda ni !! 






jubah Morocco kanak-kanak..





sangaaaat comel !!!! 




betul !! kalau baby pakai pun comel ok !! 
(curi dari facebook farah lee)


ni jubah biasa..
tapi tetap comel kann ....






punggah-punggah gambar jubah morocco..
jumpa pula gambar ni !! 

ala tomey-tomey !!!!





nak ajar anak-anak nanti pakai macam ni la dari kecik..




huh ! panjang benor cita-cita tuuuuuu ...
insyaAllah ..








dari menggoogle jubah kanak-kanak, 

terus google cari jubah untuk dewasa pula..

cantik !!! 





tapi kalau jubah untuk wanita 

ceh ! guna ayat wanita !

warna hitam lagi menarik perhatian mata sebenarnya..





purple pun cantik 


warna je cantik.. tapi jarang la pula.. dan
corak macam kureeeng je...
(kang kena saman pula.. heheh)






lagipun kalau bab berpakaian ni..
walaupun pakai jubah ke abaya ke.. 

kena follow juga etika pakaian Muslimah ..
bukan harus !! wajib !!! 


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. 

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya (terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya).

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu.

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.







" pakai pakaian kerana Allah..
bukan kerana orang.. !!  "







oh ! tak sabar nak tengok baju untuk konvo !!
tunggu Cik Izzianti berjubah yaa !! 





jeng...jeng...jeng..... 

bagitahu saya tau !! ♥

tadi buka facebook jumpa ayat ni


memang :') 

kecik sangat ek mengcopy ??






ok ! nak taip balik..



Kalau satu hari awak nak menangis,
bagitau saya tau.
Saya tak janji nak buat awak tersenyum.
Tapi saya boleh menangis bersama awak



Kalau satu hari awak ada masalah,
bagitau saya tau.
Saya tak janji nak bagi awak penyelesaian.
Tapi awak boleh kongsi dengan saya



Kalau satu hari awak mahu berjalan pergi,
bagitau saya ea.
Saya tak janji untuk halang awak pergi.
Tapi saya boleh berjalan bersama awak.



Kalau satu hari awak perlukan
 seseorang untuk mendengar cerita awak,
bagitau saya.
Saya janji akan ade untuk awak.



Tapi kalau satu hari awak perlukan saya,
dan saya tiada lagi di dunia,

percayalah hati saya akan sentiasa bersama awak
si baju kelabu 




selagi Allah s.w.t izinkan.. 
semoga rasa hati saya tak melebihi rasa hati kepadaNya


dan saya tak pernah rasa terbeban kerana awak..

betul !! 





yang ayat warna selain purple tu ayat tambah sendiri
heheheh... 





ok ! nak nangis tak baca ayat ni..??


rasa nak share je kat facebook


tapi saya pemalu..
( konon ! )

letak kat blog, tak malu pula ye, cik Izzianti ?? 
-_-










6 tahun.  ! 

Wednesday, June 27, 2012

salah laa !!


nak kata salah isi borang..
mustahil la kan.. !! 

tapi macam mana boleh jadi macam ni ??



tiba-tiba jadi suku-sakat Aaron Aziz..
eh !! tak !!
Aaron Aziz tu abang long saya..

Aliff Aziz tu anak dia...

eh !!!







tapi tu tak pe lagi kalau  kot salah negeri lahir.. 

nasib baik tulis Singapore bukan Mumbai ke Dhaka ke..





kalau macam ni !! 








bila masa pula saya ni lelaki.. !!
-_-

ikhlas ke tak tu ??

aishhhh... !! masalah hati ni payah betul !! 





tak..!! tak.. !! 

bukan nak menulis pasal ayat twitter di atas.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi nak tulis pasal lain sebenarnya...
dulu pernah terbaca satu ayat ni.. yang ramai juga yang post kat facebook
dan tweet di tweee-deerr..


"... Bertudunglah walau terpaksa. Solatlah walau terpaksa. Puasalah walau terpaksa.. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.. Dari keterpaksaan itu, perlahan- lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?..."

masa mula-mula terbaca ayat ni, pernah terlintas di fikiran, kalau kita buat sesuatu dengan terpaksa, adakah pahala tu akan kita peroleh macam mana orang lain yang buat dengan ikhlas.. ??

contohnya kalau kita tengah duduk dalam bas yang agak ramai penumpang, 
tiba-tiba ada seorang pakcik yang agak tua masuk dalam bas dan berdiri di tepi kita kerana tak ada tempat duduk... kita pun bangun da bagi peluang kat pakcik tu untuk duduk.. 
dalam masa kita berdiri, kita merungut dalam hati.. 


adakah kita dikira ikhlas membuat kebaikan untuk orang lain sedangkan dalam hati 
kadang-kadang mengeluh dan tak ikhlas.. ?? atau membantu kerana niat yang lain ?? 


sedarkah kita bahawa kita sebenarnya tak dapat membaca dengan tepat apa yang dalam hati atau fikiran seseorang itu, walaupun sebenarnya kita dapat meneka melalui air muka atau melalui tutur kata dia.. 
tapi sedarkah kita kemungkinan orang yang kita bantu itu mungkin sedang mendoakan kebaikan kita kerana dah membantunya.. 

bila rasa hati mula berat nak melakukan kebajikan atau kebaikan mahu pun kewajipan, ingatlah semua perkara baik yang kita lakukan itu akan memberi kesan yang baik kepada kita juga nanti. 



dan ingatlah ada dalam Al-Quran ada tertulis :

"dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
mereka itu penghuni syurga. mereka kekal didalamnya."
surah Al-Baqarah ayat 82


dan oleh itu apa salahnya kita bermula ke arah kebaikan walaupun dengan keterpaksaan..
solat dengan terpaksa
bertudung la walau dengan terpaksa..
puasa lah walau pun terpaksa..
berubah la walau terpaksa.. 

kerana kadang-kadang ia mampu jadi kebiasaan..
dan akhirnya kita lakukan dengan keikhlasan...



Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang ada dalam isi kita..
bohong macam mana sekalipun Allah s.w.t mendengar..
DIA tak tuli dan tak pekak.. 

mungkin kadang-kadang mulut kita berkata sesuatu itu
 hanya sekadar untuk menjaga hati 
orang lain...
tapi sedangkan hati kita tidak ikhlas..


tapi Allah s.w.t ada memberi keistimewaan kepada setiap manusia.. 
iaitu gerak hati..
yang membolehkan kita merasa samada orang itu ikhlas dengan kita atau tidak..


berubah menjadi yang baik itu mampu mengubah akhlak dan jiwa kita.. 
insyaAllah... 

"yang penting akhlak.....
akhlak baik, insyaAllah.. Allah akan redha.. "
si baju kelabu.




menulis tentang agama itu, 
bukan untuk menunjukkan seseorang itu sudah 
cukup hebat untuk mengubah orang lain .. 
tetapi sebagai satu perkongsian ilmu 
dan sebagai peringatan terhadap dirinya juga..

Tuesday, June 26, 2012

story behind her DP


Setiap hari si suami akan datang melawat isterinya di hospital 
dengan membawa makanan kepadanya

Setiap kali dia bawa makanan, 
dia akan suap isteri dia makan, setiap kali waktu makan begitu. Cukup tabah dan sabar

Setiap hari malah setiap masa si isteri akan bertanya kepada si suami,
 "siapakah anda ini? adakah aku mengenalimu?"

Jawab si suami: 
"walaupun kamu tidak mengenaliku lagi, aku sangat mengenalimu"
Kata si suami lagi:
 "Aku mencintaimu&akan menjagamu sedaya mungkin kerana kamu anugerah terindah yg ALLAH kurniakan padaku...
Tidak kiralah kalau engkau tidak mengenaliku lagi, tanggungjawabku sebagai suami adalah menjagamu selagi aku bernyawa"

Si Isteri cuba mengingati kembali 
dan dia sentiasa terlupa dek kerana sakitnya 
dan ingatannya sudah ditarik balik oleh ALLAH

Si Suami tetap tabah dan sabar melayan d
an menjaga isterinya yang sudah tidak mengenalinya lagi

"Kamu adalah isteri&ibu yg baik,
yg menjaga aku dan memberi kasih sayang padaku dan anak-anak, mana mungkin aku lupa padamu...
Sehingga saat nanti, aku berdoa pada ALLAH agar kita bertemu disyurga atas kasih sayangNya kerana aku bahagia bersamamu"

Setiap kali si suami menceritakan segalanya pada si isterinya itu,
 si isteri hanya mampu dengar kerana dia tidak faham apa yang dikatakan
Tabah hati seorang suami dan diuji ketika waktu usia senja dengan isteri yang sakit 
dan lupa padanya 
..hanya ALLAH yang mengetahui








dari 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...