Wednesday, June 27, 2012

ikhlas ke tak tu ??

aishhhh... !! masalah hati ni payah betul !! 





tak..!! tak.. !! 

bukan nak menulis pasal ayat twitter di atas.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi nak tulis pasal lain sebenarnya...
dulu pernah terbaca satu ayat ni.. yang ramai juga yang post kat facebook
dan tweet di tweee-deerr..


"... Bertudunglah walau terpaksa. Solatlah walau terpaksa. Puasalah walau terpaksa.. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.. Dari keterpaksaan itu, perlahan- lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?..."

masa mula-mula terbaca ayat ni, pernah terlintas di fikiran, kalau kita buat sesuatu dengan terpaksa, adakah pahala tu akan kita peroleh macam mana orang lain yang buat dengan ikhlas.. ??

contohnya kalau kita tengah duduk dalam bas yang agak ramai penumpang, 
tiba-tiba ada seorang pakcik yang agak tua masuk dalam bas dan berdiri di tepi kita kerana tak ada tempat duduk... kita pun bangun da bagi peluang kat pakcik tu untuk duduk.. 
dalam masa kita berdiri, kita merungut dalam hati.. 


adakah kita dikira ikhlas membuat kebaikan untuk orang lain sedangkan dalam hati 
kadang-kadang mengeluh dan tak ikhlas.. ?? atau membantu kerana niat yang lain ?? 


sedarkah kita bahawa kita sebenarnya tak dapat membaca dengan tepat apa yang dalam hati atau fikiran seseorang itu, walaupun sebenarnya kita dapat meneka melalui air muka atau melalui tutur kata dia.. 
tapi sedarkah kita kemungkinan orang yang kita bantu itu mungkin sedang mendoakan kebaikan kita kerana dah membantunya.. 

bila rasa hati mula berat nak melakukan kebajikan atau kebaikan mahu pun kewajipan, ingatlah semua perkara baik yang kita lakukan itu akan memberi kesan yang baik kepada kita juga nanti. 



dan ingatlah ada dalam Al-Quran ada tertulis :

"dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
mereka itu penghuni syurga. mereka kekal didalamnya."
surah Al-Baqarah ayat 82


dan oleh itu apa salahnya kita bermula ke arah kebaikan walaupun dengan keterpaksaan..
solat dengan terpaksa
bertudung la walau dengan terpaksa..
puasa lah walau pun terpaksa..
berubah la walau terpaksa.. 

kerana kadang-kadang ia mampu jadi kebiasaan..
dan akhirnya kita lakukan dengan keikhlasan...



Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang ada dalam isi kita..
bohong macam mana sekalipun Allah s.w.t mendengar..
DIA tak tuli dan tak pekak.. 

mungkin kadang-kadang mulut kita berkata sesuatu itu
 hanya sekadar untuk menjaga hati 
orang lain...
tapi sedangkan hati kita tidak ikhlas..


tapi Allah s.w.t ada memberi keistimewaan kepada setiap manusia.. 
iaitu gerak hati..
yang membolehkan kita merasa samada orang itu ikhlas dengan kita atau tidak..


berubah menjadi yang baik itu mampu mengubah akhlak dan jiwa kita.. 
insyaAllah... 

"yang penting akhlak.....
akhlak baik, insyaAllah.. Allah akan redha.. "
si baju kelabu.




menulis tentang agama itu, 
bukan untuk menunjukkan seseorang itu sudah 
cukup hebat untuk mengubah orang lain .. 
tetapi sebagai satu perkongsian ilmu 
dan sebagai peringatan terhadap dirinya juga..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...