Wednesday, June 23, 2010

taaaaa.....aaaaaagggggggg

penat aku jadi tukang jual cendol kat africa nie..
hari ni gerai tutup ..
pasal england dah menang da... 
meh nak update blog pula..


Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
wooo... aku tikam kau balik 
heeeyaaa2 ~!!
*bunyi macam beriya2 je..
MySpace
1 ayat je kalau orang2 nak buat jahat kat aku..
"sekali kau buat aku.. sampai bila2 aku akan ingat"
hooooo...... gerun..gerun..
6 orang di hati anda
mak-ayah 
adik beradik ku yang tak sehot aku *ecehhhhh...
anak2 sedara yang suka membuli,mengepau,menangis,memekak
kawan2 yang yang segila2,sesewel2,sehingusan
david beckham ( marah posh beck )
si pemberi semangat !!!!!  
Anda rasa anda comel?
semestinya..
MySpace
Single or taken?
 solo je... tak single,taken pun tak..
Blog yang saya suka?
blog kamu laa,blogger !!!
kamu merapu pun saya suka
kamu ceramah pun saya suka
MySpace
Adakah bilik anda kemas setiap hari?
 semestinya..
al-maklumlah aku kan bakal isteri mee-thali..
Lagu terakhir yang anda dengar

ooo..jooom.. jom...jom...
jooommmm hebohhhh..hebohhhhhh
 ( baru je dengar kat tv )
MySpace
Last text message
facebook : ............
(  dah padam da sebenarnya )
Last phone call
semalam : orang salah nombor
kesian makcik tue ~~
MySpace
Hari terakhir anda menangis
sabtu lepas : demam punye pasal
*nak manja2 lebih time cuti ni.. heeee..
List 5 kaler faveret anda
ungu,biru,hitam,merah,kaler-full
MySpace
*kaka kate dia dah tak suka warna merah.. pasal nanti kena buang padang
bila kali terakhir YM?
tak ada YM... skype aje.. 
Game yang anda paling suka?
solitare..
*ooo.. tak maju langsung...

mystery case file
( cari-cari barang yang hilang )
MySpace
Adakah anda peminat MCR?
ooo.. i dont love you~~!!! lalalal

MCR tue ape ??
Anda rasa tag ni best? 
boleh rasa ke ??
rasa masam-masin manis jee
MySpace
Tagged lagi 10 orang
siapa2 je la ekk... kamu dah baca kamu buat la ekk..


p/s : sara , jangan mengelat... buat juga ~~!! 

Tuesday, June 15, 2010

afrika !! i'm coming la ni~~


sana sini semua cerita pasal bola
drama melayu pun pasal bola
pergi kedai makan pun pasal bola
lagu pun lagu bola
ooo.. bola yang bulat...
ramai nya yang minat kamu...


termasuk aku yang separuh bulat
.
.
.
hai sabtu tu pergi africa 
tengok england vs usa
habis muka kena cat merah putih
dah macam nak gi pilihanraya BN jer..
tak percaya...??
sukati korang la da..
tengok gambar bawah nie..
*nampak sangat gambar edit..
tak jadi nak kelentong kau orang..

Friday, June 11, 2010

beri aku kekasih...(tak senonoh punya title blog)

kalau baca title je mesti kamu rasa aku macam terdesak gila..
idok le aku jadi macam ghitu,yob oi...

ni semua pasal penangan novel kakak aku yang dibeli dengan harga
RM 20.00 dekat popular sunway pyramid selepas berlaku 
kekecewaan akibat menonton wayang yang bertajuk lagenda budak setan..
fuhhh.. kalau kamu baca sekali nafas mesti semput.. 
.
.
.
ni novel nya : 


tajuk : Jaja & Din
tukang karut dia : Noor Suraya

lau nak baca sipnopsis dia , pergi la cari sumber2 lain 
pasal aku punya blog ni bukan buku nilam 
yang zaman sekolah2 tue yang guna untuk tulis sipnopsis novel ke..
hujung bulan je hantar.. siapa paling banyak baca buku dapat hadiah...

gila kedekut info betul !!

ok !! cerita dia pasal seorang perempuan yang agak berada sikit 
jatuh cinta dengan seorang ustaz ni..tapi dia tak tahu apa2 info pasal ustaz ni pun..
dan bila dia macam dah gatal terlebih tue..
dan dengan izinNya.. dia suruh mak ayah dan pakcik dia
pergi meminang ustaz ni..
wow !! sila kagum...


aku rasa pasni boleh la aku nak follow gak 
belajar cara-cara nak meminang lelaki dan
cara-cara nak jadi isteri ustaz..
oo.. besar tu cita-cita baru aku ni..
masuk dalam senarai kriteria calon suami :

1/ ustaz yang muda je la.. ataupun guru agama..
tapi sekolah pondok tak mahu la.. 
takut dapat yang ajaran sesat pulak..
pastu aku kena tukar title mak uda pinpon pula..
hooo~~!! tak mahu2... 

okey.. cukup merepek..
tapi lepas dah khatam kan novel ni..
aku nak suggest kan kamu baca novel ni pula..

dan novel ni pun best juga..
the whimpy kids..
heheheh.. 
dah nak dekat masuk 22 tahun pun aku 
masih baca lagi novel2 macam ni.. 


tapi best taw..
sila la baca..

Thursday, June 3, 2010

indon dalam malaya

3 juta orang dari 28 juta rakyat Malaysia adalah warga asing yang entah masuk cara halal 2 haram...
dan paling ramai adalah orang indonesia..
budaya..
cara hidup..
televisyen.. radio...
dan sampai cara perkahwinan dan perangai 
pun dah macam orang mereka..


samada orang kita sedar atau buat2 tak sedar yang 
kita dah kasi mereka guna hak2 kita
yang sepatutnya untuk kita....
jalan kita .. perniagaan kita..
kedai kopi pak talib da jadi kedai kopi indon
kedai runcit pak man jadi kedai runcit acheh....

kalau orang cina nak amik alih kawasan Kampung Baru kita marah...
tapi kalau orang asing tue nak amik alih rumah kawasan kita,tak ada pula nak mengamuk..
aishhhh....


fikirlah wahai orang yang mengaku dirinya orang Malaysia..
yang rasa nak duduk kat Malaysia lagi




kalau aku nak amek orang gaji atau pekerja.. 
jangan harap aku amek orang asing..
kalau kita yangtak tolong orang kita, siapa lagi nak tolong..
ada orang asing tu nak tolong..
haram jadah tak ada nyer.. 



p/s : entry ni di buat lepas aku mengamuk kat 
orang indon yang bawa motor macam #$@#@$$% je..
nasib baik tak jatuh motor..
kalau tak mesti ada yang kene hempuk ngan ekzos..

editing

from this sketching
.
.
.
.
.
.
now edit to
become like this
vintage style..
like it's been sketch on 1970's
now i can tell others
"nie yang aku lukis masa dalam perut mak aku"


ooo... 
it's really fake..






lepas ni boleh tipu gambar pula..
muka macam jessica simpson macam jessica alba..

Wednesday, June 2, 2010

jangan lawan cakap mak laa..

bila mak kata 
"dah la tu.. tak payah beli lagi.. da banyak da .. bukan pakai pun banyak2 tue.."
MySpace


melepas nak tambah koleksi shawl lagi...
ohoooo~~!!!

Tuesday, June 1, 2010

result.. oo...result//

kalau da masuk bulan 6.. 
dah nak dekat2 masuk sem baru..
perut mula menggelegak..
pastu rasa jantung dan limpa nak terkeluar..
jerawat makin naik macam gunung berapi..

lepas tue tiba2 ada yang kata 
" oii result da keluar da la.. "

ataupun ada yang bertanya 
"da kuar ke result ?? si tut kata da kuar da "


dan semua orang jadi kelam kabut..
yang bekerja masa cuti pun tak senang duduk..
yang kat rumah terus cari internet..
cari cybercafe,berukband, steamik 
dan apa2 je yang boley pakai untuk masuk dalam portal nak check result..

dan bila da buka portal 
dan dah nampak menatang nie
kalau teruk
mula cari alasan apa nak kasi kat mak ayah..
pastu rasa macam nak berhenti belaja nak gi kahwin je..
lau ok mula rasa nak tampal result kat motor pastu bawa keliling kampung..
pastu pasang hon kuat2 macam orang jual sayur sambil sengih2..

yang dasyat nyaa...
ada juga yang tolong chek kan result kawan2..
pastu buka sem tanya pula 
"kau dapat berapa ? "
sedangkan masa tu da taw kawan tu dapat berapa..

oooo....
dasyatnya penangan nak tunggu result..

aku da check da result ..
anda bila lagi.. ??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...