Tuesday, June 26, 2012

story behind her DP


Setiap hari si suami akan datang melawat isterinya di hospital 
dengan membawa makanan kepadanya

Setiap kali dia bawa makanan, 
dia akan suap isteri dia makan, setiap kali waktu makan begitu. Cukup tabah dan sabar

Setiap hari malah setiap masa si isteri akan bertanya kepada si suami,
 "siapakah anda ini? adakah aku mengenalimu?"

Jawab si suami: 
"walaupun kamu tidak mengenaliku lagi, aku sangat mengenalimu"
Kata si suami lagi:
 "Aku mencintaimu&akan menjagamu sedaya mungkin kerana kamu anugerah terindah yg ALLAH kurniakan padaku...
Tidak kiralah kalau engkau tidak mengenaliku lagi, tanggungjawabku sebagai suami adalah menjagamu selagi aku bernyawa"

Si Isteri cuba mengingati kembali 
dan dia sentiasa terlupa dek kerana sakitnya 
dan ingatannya sudah ditarik balik oleh ALLAH

Si Suami tetap tabah dan sabar melayan d
an menjaga isterinya yang sudah tidak mengenalinya lagi

"Kamu adalah isteri&ibu yg baik,
yg menjaga aku dan memberi kasih sayang padaku dan anak-anak, mana mungkin aku lupa padamu...
Sehingga saat nanti, aku berdoa pada ALLAH agar kita bertemu disyurga atas kasih sayangNya kerana aku bahagia bersamamu"

Setiap kali si suami menceritakan segalanya pada si isterinya itu,
 si isteri hanya mampu dengar kerana dia tidak faham apa yang dikatakan
Tabah hati seorang suami dan diuji ketika waktu usia senja dengan isteri yang sakit 
dan lupa padanya 
..hanya ALLAH yang mengetahui








dari 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...