puas dah pusing keliling google
nak cari macam mana mata boleh menangis..
dan macam mana dari perasaan tu boleh dikeluarkan dengan air mata..
tapi last sekali tak jumpa-jumpa juga..
aish..
bakal-bakal atau sudah jadi doktor diluar sana tu
meh la kasi info pasal mata..
yang dapat dicari kat pakcik google ni
kebaikan menangis.
wow !!
menangis pun ada kebaikan..
Kebaikan Pertama : Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang,
jadi bukan hanya mata itu sendiri.
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrat pada membran mata
yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
tapi kalau terlebih nangis pun boleh bertambah rabun juga kan..
Kebaikan Kedua : Membunuh bakteria
Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan
lisozom yang boleh membunuh
sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
jadi tak payah lah susah-susah tenyeh eyemo kat mata lepas ni..
Kebaikan Ketiga : Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh
menurunkan level depresi kerana dengan menangis,
mood seseorang akan terangkat kembali.
Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis
kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna
dalam menstabilkan sistem metabolisme tubuh
berbanding air mata yang dihasilkan dari kerengsaan mata.
Kebaikan Seterusnya
eh.. no empat : Mengeluarkan racun:
Seorang ahli biokimia, William Frey
telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
haa !! jangan pula bila air mata ni jadi racun kau orang
terus guna nak matikan nyamuk atau semut.
Kebaikan kelima ya : Mengurangkan stress
Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress,
air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.
Kebaikan keenam pula : Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga dapat membantu seseorang membina sebuah komuniti.
Biasanya seseorang menangis selepas menceritakan
masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan,
dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
tapi jangan lah kalau baru nak berkenalan dengan orang, terus menangis depan dia..
kunun-kunun nak eratkan silaturrahim..
tapi kadang-kadang menangis depan kawan ni pun tak ok juga..
ada kawan yang baik akan menangis sekali dengan kita..
tapi ada juga yang kawan akan ketawa bila kita menangis..
Dan akhir sekali.. : Melegakan perasaan
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.Keluarkanlah masalah di fikiran lewat menangis,
jangan dipendam.
menangis lah anda sebelum anda ditangisi..
jadi
marilah kita menangis beramai-ramai.
huwaaaaaaaaaaaaa
T_T
credit : kingtop
letting go does'nt mean giving up..
it's mean accepting something that
never meant to be.
semoga bahagia.
amin.
No comments:
Post a Comment