Sunday, July 15, 2012

kenapa nak neraka kalau boleh dapat syurga ?




ha !! dulu saya pun begitu.




kawan  , " panas arr Perlis ni !! "
saya ,  "lek arr !! baru panas dunia.. neraka lagi panas kot ! "

Jahil ! 




Tuhan bagi peluang ke Firdaus, kenapa perlu berusaha nak ke Saqar  ?

ada jalan yang mampu ke Adn,  kenapa perlu beria nak ke Jahim



kan ? 

Saturday, July 14, 2012

bersin tanda orang rindu ?




bersin tanda ada tanda orang rindu ? 


hurgh !! tak ada maknanya..

kalau tiap-tiap pagi terbersin ni tandanya resdung la.. 


-_-




bila perlu membuat PILIHAN



ada hikmah kenapa perlu memilih dan diberi pilihan.
belum nampak lagi kot apa hikmah tu. 


buang status pelajar jadi pekerja

atau 



buntu ! 











-_-

Kenduri versi kampung VS Kenduri versi bandar


amaran !
entry ini di buat bukan kerana kenduri saya nak kahwin 
atau ada kenduri bertunang ke.
(bahaya kalau post bukan-bukan sekarang ni)
-_- 
cuma baru je melihat ada kenduri kat belakang rumah.



KENDURI VERSI BANDAR !! 

Kalau diikutkan sekarang ni ramai yang lebih suka buat kenduri-kendara kat dewan. Bila buat kenduri di dewan, lebih senang kerana tak payah nak kemas rumah dan tentu-tentulah panggil katering saja.

Cuma perlu cari katering, bayar harga, nak lauk apa, dah settle !!! 
Tak perlu da pergi beli barang berkilo-kilo dan rumah pun dah macam kedai runcit. Macam-macam ada.

Lagipun kalau duduk di kawasan perumahan atau apartment, memang tak ada tempat kan nak masak-masak. Rumah jadi tempat untuk saudara-mara berehat sambil tengok TV. 


Keistimewaan kenduri yang guna katering ni ada. Yela ! Dah confirm-confirm kalau guna katering, siap sekali dengan pekerja-pekerja yang akan kemas, angkat-mengangkat dan juga menghidang. Dah senang da.Tak perlu susahkan saudara-mara atau jiran-jiran kan.Cuma panggil duduk makan je.


*baru lepas berlunch makan biskut kering dengan air teh.
tengok gambar ni terus terliur.. -_-


Senang kan kalau kenduri versi bandar. Tapi susah nak duduk berkumpul sekali saudara-mara. Ye la, da habis makan, semua balik. 







KENDURI VERSI KAMPUNG !!
Tapi kan , kalau kenduri versi kampung ni sebenarnya lagi menyeronokkan. Semua keluarga berkumpul tolong menolong.

Duduk bersila ramai-ramai potong bawang, potong ayam. Sambil potong-memotong boleh lah berkongsi cerita itu ini. Boleh gelak sama-sama. Boleh nampak ada ukhwah yang kuat masa tu. 

Jatuh satu periuk, semua menjerit, ada yang melatah lagi seronok kan !! Meriah kan !! Tak perlu kot nak pasang radio atau panggil deejay buat karaoke da,suara saudara-mara jiran tetangga lagi meriah kan !! 








KENDURI VERSI RUMAH SAYA VERSI ALA KAMPUNG !! 

Masa angah dan along kahwin dulu (buat serentak) , mak dan ayah memang tak panggil katering pun. Masak kat tepi rumah. Ya ! Saya duduk di Shah Alam . Bila orang dengar Shah Alam mesti akan kata "Oh ! budak bandar kot budak ni !!" Tapi bila duduk di Kampung Melayu Subang. Tetap orang kampung juga ye.  

Alhamdulillah, ada ruang kat tepi rumah, semua masak-masak kat situ. memang penat. Pukul 3 pagi duduk mencangkung kat luar rumah basuh pinggan-mangkuk. Tidur peluk periuk. Tapi memang seronok.

Tapi itu 12 tahun yang lepas la. -_-





Tu dia soalan !!! 

Tak ada orang nak masuk meminang la. 
Siapa la yang mahu kat saya ni 
-_-



Alamak ! Erk !! 






sumber gambar : pakcik Google

Friday, July 13, 2012

Persoalan kawan non-Muslim

Tiba-tiba teringat 1-2 tahun yang lepas, bila ditanya oleh kawan-kawan yang non-Muslim pasal hukum dan larangan dalam Islam.. Oh ! Jujur saya cakap masa tu memang macam agak jahil. Banyak sengih dari menjawab soalan dorang tu . Sekarang bila dah teringat , rasa malu pun ada. Malu kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Islam tapi tak ada ilmu tentang agama.. kan... 






Pakai tudung tu tak wajib,Mr Khan,yang wajib tu tutup aurat perempuan. Tudung adalah salah satu cara tutup aurat dari dilihat dari orang yang bukan sepatutnya (atau bukan muhrim). Lagipun bila bertudung, dapat lindung rambut dari kena cahaya matahari kan... 

Payung bukan nya boleh dipakai di badan,Bieber oii.Kalau tak hujan, tak pakai payung kan.Jadi macam mana nak tutup auratnya kann... ??
hurm..hurm.. lagu Baby tu tak sedap la, tukar lagu nasyid boleh ? 
Ha !! Pakai rambut palsu ni haram.Dalam Islam,umatnya dilarang mengubah ciptaan Tuhan. Terutamanya jika nak pakai wig untuk nampak lagi cantik,lagi la haram. Pakai wig cuma tutup rambut,tu leher berlapis tu nampak juga tu Pakcik !!
Cukur kening itu haram,kerana dikira mengubah ciptaan Tuhan juga. Untuk nak kahwin ke atau suka-suka ke,memang haram kalau cukur kening. Mungkin kawan you tu belum cukup ilmu lagi kot,Kwang Soo.. 

Memang saya ada gastrik,sampai pernah masuk hospital gara-gara gastrik. Gastrik bukan sebab tak boleh atau tak nak puasa, Shoo. Ya, memang puasa tu tak makan dan tak minum apa-apa,tapi puasa sebenarnya melatih perut untuk berehat dan juga mampu mengurangkan rasa sakit gastrik tu...
Betul !! Lagipun kalau perempuan puasa memang susah nak jumpa yang puasa penuh 30 hari kan.. hehe.
Makan pagi sebelum waktu subuh atau pun makan masa akhir malam atau sepertiga malam tu namanya sahur, Ronaldo. Sahur tu sunnah.. Hurmm, means ia tak wajib tapi digalakkan buat. Dan siapa bersahur, puasa orang tu lagi bertambah berkat..








hurmm..

hurmm..

 ada lagi soalan apa-apa ?? 

Uncounted Rindu.



No !!
500 %


No !!
Uncounted !





~hafidhahullah~
may Allah protect him
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...