Wednesday, July 4, 2012

Andai ini Nisfu Syaaban Terakhirku....




"..Malaikat akan mencatat nama yang akan

meninggal tahun depan pada malam ini."



andai ini Nisfu Syaaban terakhirku,Ya Allah Al-Malik, Al-Aziz... 

andai ini Nisfu Syaaban terakhirku,Ya Allah As-Sami, Al-Latif...

andai ini Nisfu Syaaban terakhirku,Ya Allah Al-Ghafur, Al-Hasib..

andai ini Nisfu Syaaban terakhir,Ya Allah Al-Mumit, Al-Hayy..

jagakan mereka untuk ku..
ibu bapa ku..
keluarga ku.. 
kawan-kawan ku..
kenalan ku..
dia.. 
dan sesiapa yang pernah masuk ke dalam hidupku
jaga kan mereka..
lindungi hati mereka..
dengarkan doa mereka.. 
lindungi mereka..
kuatkan hati mereka..
tetapkan iman mereka..
redhailah mereka...

andai ini Nisfu Syaaban terakhir,Ya Allah Al-Muntaqim, An-Nur..
Kau Maha Mendengar doa dan rintihan ku..
beri daku peluang sebelum Kau menarik nafas ku..
sebelum aku pulang ke padaMu..
amin Ya Rabb~~ 












rindu.

semoga Allah memberi kekuatan.

Tuesday, July 3, 2012

setiap masa boleh berzikir kan..





disleksia : semua kanak-kanak adalah istimewa



hari ahad lepas baru je tengok cerita 
Taare Zameen Par 

berkurun lama cerita ni dalam hard disk..

dan berkurun lama dah dengar orang kata 

"cerita ni best ooo~~"


bila BFTJ datang lepak-lepak baru hegeh-hegeh buka cerita tu..
oh ! BFTJ ni bukan BFTJ yang dalam post hari tu

ni BFTJ dari hari pertama jejak kali kat Perlis, Izzah..
oh ! saya banyak BFTJ :)

kitaorang memang suka 'buka wayang' ramai-ramai..
pernah sekali kitaorang tengok cerita hantu dalam library...
share earphone.
pastu masing-masing tutup mulut takut terjerit..

pandai budak ni berlakon.. 




cerita Taare Zameen Par ni pasal kanak-kanak disleksia..

dan
 tahukah kita sebenarnya ramai antara kita tak sedar anak-anak mereka ada
syndrom macam ni..?

(buat ayat macam dah pengalaman jee.. 
macam ada anak jee.. 
tak pe kumpul ilmu dulu...)


ok !


Disleksia ni sebenarnya adalah satu masalah pembelajaran 
iaitu kesukaran kanak-kanak tu mengenal huruf, 
membaca, menulis, mendengar dan bercakap  

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit 
dan ia tak perlukan ubat pun untuk merawat.. 


ramai juga sebenarnya orang yang mengalami disleksia semasa kecil...

macam pakcik ni  

dan abang kacak ni




oh !! abang tom kuruih !
eh ! pakcik..!! umur dia da 50 tahun kot. 





MACAM MANA NAK KENAL KANAK-KANAK YANG ADA DISLEKSIA ??

kalau kanak-kanak pra-sekolah :
  1. Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
  2. Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
  3. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah.
  4. Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
  5. Tidak merangkak semasa bayi 
  6. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
  7. Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soala


dan kalau kanak-Kanak Sekolah Rendah :

6 hingga 9 tahun

  1. Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
  2. Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
  3. Keliru dengan kiri dan kanan
  4. Tulisan cermin atau terbalik



dan kalau umur 9 hingga 12 tahun
  1. Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
  2. Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  3. Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
  4. Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
  5. Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
  6. Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa 
  7. Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  8. Kesukaran menulis karangan
  9. Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
  10. Kesukaran mempelajari bahasa lain
  11. Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
  12. Jenis orang yang suka senyap
  13. Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
  14. Kurang kemahiran bersosial



MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA 

Mengeja
Timbulnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v


Membaca
Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba

Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. 
Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem
cat – cat


Nombor

 kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8

9 – 6


Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
  1. Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
  2. Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
  3. Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,atas, bawah serta pengamatan yang lemah




yang jadi masalah bila 
kadang-kadang ibu bapa tak faham keadaan anak..
terutamanya bila tak ada pengalaman.. 
dan anggap anak tu "lembab" atau "malas"..
ye la.. kanak-kanak mana la tau nak beritahu ibu bapa nya..
tak kan la ada kanak-kanak umur 9 tahun jumpa ibu bapa nya dan cakap 




dan mungkin juga ibu bapa memang 
tak sedar anak mereka alami benda macam ni..
almaklum lah.. anak yang sulung dapat keputusan ok..
tiba-tiba anak bongsu pula asyik kena denda dalam kelas, dapat result tak ok..


oh ! 
ini bukan pengalaman..
ni dari cerita Taare Zameen Par ni...

tapi ini bukan bermakna ibu bapa tak amek peduli tentang anak mereka..





dan
yang penting !! 

kesimpulannya





 Aamir Khan masih kacak seperti dulu.. 


heeee... 




memang sedih cerita ni sampai terkeluar juga la air mata..
puas la dok cover-cover ..
konon-konon mengantuk la..
bangun minum air la..
padahal da teresak-esak sorang-sorang..
shensitip betol




aish !! 
Izzianti Sadali ni..
tak heran la menangis tengok cerita sedih..


-_-

Monday, July 2, 2012

Their happy wedding days

selalunya trend orang berkahwin ni mesti masa cuti sekolah.. 
tapi perasan tak , selain cuti sekolah, 
antara waktu-waktu yang jadi trend kahwin 
kebanyakannya sebelum puasa kan.. 



eh !!
dah tengok gambar awesome wedding Irma Hasmie ?? 
dah tengok ??

nak tunjuk juga !! 
saya sukaaaa~~ 


kliker memang suka tangkap gambar cantik-cantik ek??


love after marriage
insyaAllah.. I want too !!



dan


blogger cantik Irine Nadia Marcello pun minggu ni juga
oh ! Irine dapat oghang peghleh !! 






dan pada hari yang sama.
saya terlepas 3 majlis kahwin kawan-kawan !!
diulangi
TELAH TERLEPAS !! 
atau bahasa lainnya
TAK DAPAT MENGHADIRI !!


duduk di Perlis ni memang payah !! 
"..jangan mengeluh.."


Siti Hajar !
kawan dari zaman hingusan.. 

geng ponteng puasa ..
geng main masak-masak guna pasir daun kat tepi sungai..
(rumah Hajar dulu tepi sungai)
dan rumah Hajar ni juga yang jadi mangsa bila ponteng sekolah masa form 2..
gara-gara nak tengok episod last cerita La Usurpadora..
masa tu jadi Pengawas sekolah..
otai punya pasal pukul 3 lebih keluar sekolah pergi rumah Hajar 
tengok cerita ramai-ramai..
sanggup !! sanggup !!



dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)

syed rezza

kawan kelas masa form 4-5
berlakon sama-sama untuk drama kelas.. 
antara yang rajin bertandang kat rumah..
tak kira raya ke tak raya ke...



dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)

asyikin !!

kawan dari sekolah rendah...
sama-sama pergi kutip duit raya
kat umah kawan-kawan

dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)








dan paling terkilan 
bila tak dapat pergi kenduri mereka ni !! 

mula rasa macam
"menyesalnya belajar jauh-jauh ni"

tapi apa nak buat..
dah habis kot belajar..

Qurattu Ain !

terlepas kenduri kat Perlis pasal salah tarikh 
final project punya pasal sampai fikiran terlewat sehari..
ingat kenduri hari ahad.. beria-ia la plan nak pergi..
sekali tengok hari sabtu.. 
haaaa !! terkilan sungguh

Qurat ni kembar masa dalam kelas
duduk meja sebelah kat belakang kelas.. 
board kat belakang habis jadi mangsa contengan kitaorang..
dulu sama-sama ponteng kelas kimia
dengan alasan buat projek seni.. padahal lepak kat library baca novel.. 
geng seangkatan yang balik lambat setiap kali Jumaat
pasal pergi kelas tambahan seni

dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)


Nurul Hana !!

kawan sekolah rendah yang terpisah dan di temu kembali
masa tingkatan 5...

pesaing hebat siapa dapat markah subjek add mathematic paling tinggi
tapi selalu kalah dengan Hana ni..
dan juga sumber rujukan jawapan untuk subjek prinsip akaun..
tu yang dapat C tu untuk akaun..time latihan meniru je..

geng yang suka teman merayau naik motor..
pantang ajak mesti "joooooomm"
geng paling rajin nak follow pergi kelas tambahan add math ..
pasal cikgu add math yang kacak dan murah hati pasal selalu bagi belanja makan..
geng suka buat meeting kat belakang kelas 
(dengan Qurat)


dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)




dan terlepas juga perkahwinan senior-senior 
Fitri Suria Hanini

teman sebilik masa praktikal kat Perodua
yang ajar 'ikan-keli-tu-sedap-la'
geng kaki komik.. 
geng yang sama-sama jalan kaki pergi cari kedai makan..
Fit ni nama je kecik..
tapi dia kuat makan.. 
jadi bila dia tak keluar dating, memang kitaorang suka jalan jauh-jauh
cari kedai makan.. 
balik je tangan penuh.. bungkus bawa balik..


dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)


Abdul Rahman

senior yang banyak bagi nasihat itu ini..
lelaki yang membuktikan "kaum-lelaki-masih-boleh-dipercayai-lah"
geng suka chatting bila malam-malam
(sekarang dah tak boleh da...)
yang bila time chatting tu automatik terus terikut bahasa ganu..
ye dop ?
kadang-kadang terfikir, 
'man ni paham tak aku cakap ape ? tunggang terbalik kot ayat ganu '


dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)


Wan Zulfadzli

geng praktikal masa kat Perodua dulu juga..
walaupun lain-lain Universiti dan jumpa di Perodua..
tapi sangat sempoi mamat ni..
teman semeja hampir setiap kali masa rehat..
memang buat selera tak keruan je tiap kali makan sekali..
kacak ooo mamat ni..
(aip !!dah jadi suami orang daaa)


dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)








Alhamdulillah !! 
Alhamdulillah !! 

semoga rumah tangga diberkati dan diredhai Nya..
semoga melahirkan Mujahid dan Mujahidah yang soleh dan solehah..
dan
semoga kekal hingga ke Jannah


“..Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul Islam wal muslimin.."
:)

dari Izzianti dan future zauj yang tak tahu lagi
eceh !!! 

Saturday, June 30, 2012

berhenti sakiti anak itu !!

berhenti sakiti anak itu !!


mereka tidak berdosa

merekea tak memahami 






berhenti sakiti anak itu !!


mereka perlukan kasih sayang


bukan kesakitan mahupun ketakutan







mereka perlukan senyuman
bukan nya tangisan 



hilang kasihnya sang ayah

hilang sayangnya sang ibu

hilang rasa tenang dan damai di hati





wahai anak ! 
Allah bersama mu..
sentiasa..




Allah mendengar doa mu wahai anak 


Allah mendengar. 
dan Allah melihat.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...