Tuesday, October 25, 2011

hari ni punya cerita

bila Allah swt bagi sakit sikit.. 
tu diaaaaa...
menonggeng-nonggeng tahan sakit perut..
terguling-guling tahan sakit dada pasal batuk..
tapi hari ni dah sihat sikit daa... !
alhamdulillah
walaupun penangan ubat masih kuat..
mana tak nye.. terlebih dos makan..
doktor suruh makan sebiji..
tertelan sampai 2 biji..


badan sihat tapi masalah hati tetap ada lagi ni..
aissshh.... !!
dugaan Allah..


oh ye !! mari lah jenguk-jenguk blog Dr. Cinta..
ada banyak doodle yang comel-comel
dan banyak pesanan yang bagus-bagus..


  oh !! saya dah start lukis guna paint..
bukan nak meniru..
tapi tak ada scanner nak scan drawing macam dulu..







saya mencari mr.zauji saya..
wah !! ayat baru..
selepas rasa 'dah-tak-ada-harapan'
dengan mr smiley..
rasa dah patut nak mula buku baru..

go !! izzi !! go !! 

Friday, October 21, 2011

ANDA PERNAH RASA TAK ??

ANDA PERNAH RASA TAK ??
ramai orang dikeliling anda.. ada kawan.. ada teman.. tapi anda tetap rasa macam keseorangan ..

ANDA PERNAH RASA TAK ??
 anda memikirkan tentang keselesaan, keutamaan dan kesenangan orang lain tapi orang lain tak memikirkan tentang anda..

ANDA PERNAH RASA TAK ??
anda cuma diperlukan bila anda memang diperlukan.. 

ANDA PERNAH RASA TAK ??
anda berdiri dan jalan-jalan keliling orang.. tapi tak ada orang yang tanya " kau buat apa ?"

ANDA PERNAH RASA TAK ??
anda berkongsi apa sahaja dari orang lain.. tapi orang lain tak nak berkongsi dengan anda..

ANDA PERNAH RASA TAK ??
bila anda datang secara tiba-tiba dekat orang-orang lain yang sedang berbisik.. dan tiba-tiba orang-orang lain tu terus senyap bila nampak anda...

ANDA PERNAH RASA TAK ??
anda ada kawan tapi kawan anda tak anggap anda macam kawan..



ANDA PERNAH RASA SEMUA TU TAK ??
macam anda tak dihargai,tak disukai,tak diperlukan,tak diendahkan..
kalau anda ada rasa.. ALHAMDULILLAH.. 
anda masih ada perasaan..

ANDA PERNAH RASA SEMUA TU TAK ??
macam pernah anda buat orang lain rasa macam tu..
kalau ada.. ALHAMDULILLAH..
anda masih ada perasaan..




mode : sudah lama berkecil hati


Wednesday, October 12, 2011

surat kakak ipar yang baik untuk bakal adik/adik ipar...




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehadapan bakal adik/adik-adik  ipar ku…

Tak perlu kot kakak nak tanya khabar.. dah semestinya masih sihat ,tidak buta huruf dan masih waras kan..
ok !! 'terus ke titik' la ye.. jangan risau.. kakak kan bakal kakak ipar yang baik...


Adik/adik-adik iparku,

Untuk pengetahuan kamu, bakal kakak iparmu yang comel dan cantik ni kakak ipar yang baik… dan apa yang kakak tulis ni cuma nak beritahu apa yang perlu adik/adik-adik tahu… jangan takut untuk baca.. semua nya baik-baik je..

(hehehe..gelak jahat kejap)


Adik/adik-adik iparku yang perempuan,

Sebelum ni abang kamu ada berikan belanja bulanan kan.. dan bila pertengahan bulan kamu ada cakap kat abang kamu, “ ABANG !!! NAK DUIT .. SIMPLYSITI DA HABIS !!” .
abang kamu yang selalu makan biskut kering masa lunch tu pun tetap hulur duit kat kamu kan…. Ujung bulan dapat gaji, dapat lar sorang RM 100-150.. buat belanja poket.. tu tak termasuk yuran,duit kelab persatuan, duit kutu, atau belanja masa keluar pergi tesco,giant, atau kedai mamak depan rumah…
kakak tak kisah kalau lepas kami kahwin nanti abang kamu tetap hulur duit untuk kamu.. serius !! kakak tak kisah.. kakak kan bakal kakak ipar yang baik..

TAPI… kalau dulu abang kamu tu kasi RM 100-150.. kali ni mungkin dapat dalam RM 10-30 je la ye.. almaklum lah.. kakak pun nak guna juga SKII, Mary Kay..kakak pun nak beli Nina Richi,DKNY… dan semestinya aliran tunai antara abang kamu dan kamu akan dipantau secara ketat oleh kakak.. tapi jangan risau.. segala mak nenek yuran kakak akan pastikan akan dibayar.. Cuma yuran untuk ke bengkel grooming ke.. yuran persatuan/kelab yang kakak rasa kurang faedah tu nanti kakak akan pertimbangkan selama seminggu…  jangan risau.. kakak kan bakal kakak ipar yang baik…

Adik/adik-adik iparku yang lelaki,

kakak tak kesah kalau kamu nak ajak abang kamu tu layan bola kat mapley atau mana2 café kat luar.. kakak benarkan.. ye lah.. semestinya malam2 nanti kakak nak tengok drama kan... siang dah penat nak masak,kemas rumah,jaga anak, layan kerenah abang kamu tu... oleh itu, tiap-tiap malam, kakak lah yang pegang remote control TV HD tu..kalau nak tengok bola kat rumah,kena lah tengok yang ulangan la ye… dan semestinya kakak tahu kamu dan abang kamu tu nak tengok yang live.. tak apa lah.. bawa lah abang kamu tu keluar tengok bola..kesian dia... tapi perlulah balik sebelum pukul 10.30…  boleh kan.. ? semestinya kakak memahami.. kakak kan kakak ipar yang baik…

kalau kamu nak minta abang  kamu tu belikan Samsung Tab ke .. Ipad ke.. kakak tak kisah.. nak beli yang paling mahal pun taka pa… betul!!! tapi semua gadget tu nanti hanya boleh digunakan bila di rumah kakak je.. dan tempoh pengunaan tak boleh lebih dari 30 minit.. mudah kan syarat kakak..  jangan risau.. kakak kan bakal ipar yang baik…

adik/adik-adik iparku,

nanti bila kamu dating bermalam di rumah kakak.. jangan risau… kakak tak akan suruh masak,basuh baju atau tidur kat bilik orang gaji… betul !! adik ipar kakak.. mesti lah kakak nak bagi keselesaan terlebih kan… nanti dah ade kat kakak tu, sila-silakan lah tolong bibik kat dapur tu.. kakak tak suruh masak.. Cuma tolong je.. tak payah basuh kain.. pasal washing machine ka nada.. Cuma nanti sidaikan lah semua baju tu..dan nanti adik tidur la kat ruang tamu ya.. rumah kakak tak besar mana.. ada 4 bilik je termasuk 2 bilik air, bilik bibik dan bilik bacaan… jangan risau ya.. kakak kan bakal kakak ipar yang baik… 


senang kan jadi adik ipar kakak nanti..
kalau ada lagi yang kakak nak bagi tahu kakak tulis surat no 2 lagi ya..
dan


jangan risau.. kakak kan bakal kakak ipar yang baik..
(hehehe..gelak jahat lagi)


sekian,
Yang berkhidmat dengan abang mu,
bakal kakak ipar yang kejam baik.


p/s : jangan bagi tahu mama/mummy/ibu/ummi/emak/ bonda ye.. kalau tak potong duit raya 5 tahun.. hahaha.. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




-hanya untuk suka-suka je-
hehehehehe.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...