Monday, December 27, 2010

anda patut tengok ni : krakotoa. volcano of destruction

kalau anda rasa Tsunami 2004 itu dasyat dan menakutkan
ini lagi berganda-ganda dasyat nya..

trajedi letupan gunung krakatoa kat Indonesia pada tahun 1883 ni 
sangat-sangat dasyat.

peristiwa ini dilakonkan semula 
berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Johanna Beyerinck; 
salah seorang mangsa yang terselamat 

memang dokumentari ni buat aku terpaku kejap.
pasal terbayang kan macam mana keadaan sebenar masa tu.
tengok yang dilakonkan semula ni pun dah dasyat semacam
tak tahu pula kan kalau dorang tipu kan.
kata teknologi canggih.





cuba kauorang bayangkan letupan gunung berapi tu boleh menyebabkan 
tsunami setinggi 37 meter yang sangat dasyat
sampai batu karang 600 tan boleh tersadai kat tepi pantai.
kalau aku yang tak sampai 45 kg ni macam mana lah rupa kena lambung dengan ombak tinggi ni.

hujan batu berhari-hari kat laut
ribut asap dan wap panas berpuluh-puluh kilometer.
bunyi letupan dia boleh dengar sampai Australia yang 5000 km jauh.
hang tuah yang tengah bertarung dengan jebat pun mesti terkejut dengar bunyi letupan ni.
kan Malaysia lagi dekat kan.

letupan dia 10,000 kali ganda dari letupan hiroshima

dan membunuh hampir 50,000 orang penduduk di 295 buah kampung.
woooo... 
okey. tutup mulut.
masuk lalat pula kang.


dasyat kan.
kuasa Illahi tiada siapa boleh jangka.

2 comments:

♥ nana i am ♥ said...

subhanallah~

easy said...

you should watch it nana..
nanti i pass kat u ek cerita tu..
seyes...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...