Monday, March 23, 2009

now i know

3 important ring in marriage...

1-
engagement ring


2-
wedding ring

3-
the most important ring





suffering

..hahahahahah...

emil sing a song


si kecik ni memang suka menyanyi ,membebel, merungut dan mengiau...
(entah apa yang dia nyanyi pun aku tak paham )

nama dia : muhammad emil huzaimi.

entah...

kadang2 ada perkara yang kita tak faham pasal hati ..
orang kata apa yang hati kita cakap itu yang betul..
tapi bila fikiran cuba terangkan apa yang hati kita cakap
benda tu jadi sebaliknya...
tak faham ??
cuba korang bayang kan korang berada dalam situasi yang mengelirukan.
korang tak pasti satu benda tu betul atau tak.
tapi hati korang selalu cakap benda tu betul.
selalu cakap benda tu memang terjadi.
tapi sampai satu tahap bila korang nak dapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku tiba2 benda yang sebaliknya yang muncul...
tak faham ??
faham2 kan lah....

mungkin betul orang itu cakap..
"ada perkara yang kita nak dalam hidup ni yang kita tak boleh tafsir guna hati dan fikiran"
mungkin juga betul orang itu cakap..
"tak semestinya apa yang kita nak berlaku dalam hidup ini akan berlaku.. "

tapi mungkin juga aku yang salah menafsir apa yang hati aku cakap..

Sunday, March 15, 2009

KESIMPULANNYA IALAH : ……………..

4 bulan = 72 hari (tolak cuti tak termasuk 2 hari tak datang pasal mc yang bukan disengajakan ) =1208 jam
= 96480 minit
= 5788800 saat
= ∞ PENGALAMAN.

Satu soalan yang ORANG ITU tanya: Berbaloikah 57888000 saat dihabiskan kat situ??
Yay!!!! persamaan di atas adalah jawapan dari aku…
Tak payah jawab banyak2…

Orang itu mengeluh : “ buang masa aku jer .. “
Orang itu mengadu : “ bodoh betul aku tolak offer tu dulu .. “
Orang itu meratap : “ apa lah nasib aku .. bilalah nak habis ?? aku dah tak sanggup da....“
Dan orang2 yang lain itu pun mengeluh,mengadu,meratap benda yang sama…

Dan aku...
= )
= D
= P
Speechless... no words can describe my feeling...
Betul!!! aku tak tipu.. !!! jujur..!! Ikhlas!!!
Tak de perkataan…
Cuma yang pasti: aku tak menyesal….
Memang tak pernah langsung ada istilah menyesal atau tak puas hati.
invaluable experiences.



“….hiduplah pada hari ini seolah-olah anda tak hidup untuk esok hari...
hari ini adalah milik anda.. “
orang itu kata lagi.bukan aku yang cakap.



~ apa yg berlaku kat ‘dia’ dulu buat aku lagi bertambah menghargai hidup…
It’s not easy being myself now… ~

.orang2 itu di perodua.

bila last day aku dengan budak2 rumah masa kat unimap dulu,aku post entry pasal dorang..
bila aku last day dengan cousemate aku, aku post entry pasal dorang juga..
so, sekarang ni aku nak post entry ni pasal orang2 yang kat keliling aku di perodua..

1. manager a.k.a bos besar untuk casting ; en salimi
- judgement aku dari appearance : lelaki yang berkarisma..
-judgement aku bila dah tahu perangai : no comment.
(sebenarnya tak pernah buat kerja dengan dia pun)
2.assistant manager @ bos kecik no.1 ; en amry
- sangat caring..soalan favourite dia " ezy, awak okey ?? "..
3.assistant manager @ bos kecik no.2 : en hani ros
-meja dia = tempat lepak @ pusat pengumpulan budak2 trainee
4.assistant manager @ bos kecik no.3 : en.ahmad salehuddin
- tak nak komen lebih2.. buka entry nie.. dan entry nie juga..
5.assistant manager @ bos kecik no.4 : en rosdan ( a.k.a babat)
- judgement aku dari appearance : comel nya dia... (hik3)
- " ezy..!! ezy cosmetic ..!! " dia suka panggil aku macam tu..
6.engineer @ supervisor aku : pn rosdalina (a.k.a kak dud )
-ok la.. ( tak nak komen banyak2 nanti tolak markah .. hik3. !!)
7.engineer : en shahril
-larangan pertama : jangan ber'encik' dengan dia..
-sangat sempoi.sangat membantu.sangat ok.sangat best.(..nasib baik dia dah kahwin..)
8.engineer :en akmal
-paling senyap dalam office..keluar makan awal pun senyap2 jer..
-overall : ok lahh..
9.staff lain =
~ jamaluddin : budak trainee kata dia ni 'bapak aku'..nampak garang tapi biasa je dia ni..
kaki mancing.kalau buat kerja dengan dia pun enjoy je walaupun memenatkan.
~nizam : kawan kamceng shahril.ajak makan laju jer.game druglord : dia punya skor
paling tinggi.
~normazelinda : nak kupon makan cari dia.nak slip gaji cari dia. nak apa2 je cari dia.
meja dia = kaunter pertanyaan.pusat stationery.
10.team leader,supervisor,orang QI,operator2,penjaga stor,cleaner,yang lain2..
-sangat best dengan dorang2 nie.
11.staff2 perodua lain
~en fadzly (a.k.a lobo) = si pemecah hening..
~mr tan,mr lim = dorang ni okey je...
~staff2 perempuan yang lain = penyeri surau, kerja sampingan = promoter & penjual.
~staff2 lelaki lain dalam CMK = ok lah dorang2 nie.. tak sombong ..
11.budak2 trainee lain kat CMK
~fitri = roomate aku yang sempoi.die hard fan dengan ikan keli.
~zaleha = kereta dia : kenderaan rasmi pergi kerja.mek kelate yang sangat okey.si kreatif.
~nas = no comment.biasa je dia nie.
~e'jat , hyper , fizil = trainee2 dalam casting yang akan cari aku bila nak buat kerja2 pasal excel,
nak pendrive,nak camera,nak tempah air,nak kupon makan,nak merungut
kebosanan,nak bercerita dan macam2 lagi.
~mizwa,wan zul,izati,fadh,anis = walaupun tak rapat sangat (office dorang jauh dari office aku)
tapi dorang nie best gak..

Saturday, March 7, 2009

2 HOURS BEREXPERIMENTASI






Saya anti- pendatang tanpa izin

Aku sekarang dah jadi pengguna pengangkutan awan yang setia.
Memang best sebenarnya naik pengangkutan awam nie..
Penat tak kisah Cuma satu je yang buat ‘slek’ nya :Pendatang2 yang makin banyak kat malaysia ni..
“ TOLONG LAAA... WAHAI PIHAK2 YANG BERKENAAN.. JANGAN FIKIR PASAL POLITIK JE.. LAMA2 HILANG NEGARA KITA PASAL DORANG2 NI YANG CONQUER “
Serius.. !! bukan main2.. orang bodoh je fikir pasal benda ni tak ada perasaan..
Siapa yang selalu naik pengangkutan awam nie mesti rasa macam mana aku rasa..
Kadang2 macam rasa aku ni kat ‘oversea’..
Macam kat indon.. kadang2 macam rasa kat bangla pun ada..tak payah naik flight susah2 pergi negara dorang.. nak pergi nepal ke.. nak pergi myanmar pun boleh..
Naik bus jer mereka yang conquer..
Sampai makcik2 orang malaysia kena berdiri..gila punya tak patut..
Naik KTM pun dorang conquer..
Dorang lalu depan polis, polis buat derk je..
Bukan je kat pengangkutan awam.. kat tempat lain..SATU MALAYSIA..
Pergi pasar, dorang yang meniaga..yang beli pun dorang juga..
Bila kes2 sosial & jenayah yang melibatkan orang malaysia makin banyak , kenapa tak nak tanya macam mana boleh berlaku ??
Dari pendatang2 nie juga la.. orang kita tengok dorang2 nie buat salah tak kena apa2..
Pukau sana pukau sini.. dalam poket boleh berkepok.. kena tangkap bagi rasuah kat polis.. lepas ( walaupun polis pakai badge saya anti rasuah >> .. maaf.. tak semua macam tu..)
Mana tak orang kita ikut..pengaruh dorang..
Pelik2 !! kenapa orang2 kita masih nak bela pendatang nie.. ??
Okeyy !! bukan pasal aku nak sekat rezeki mereka.aku tahu dorang datang sini cari rezeki..tapi fikir pro-contra nya.. dorang lebih bawa kita ke arah negatif dari positif..
Fikir2 balik.. bangga ke kita bila bangunan tinggi2 yang ada kat negara kita ni tapi yang buat nya dorang.. bukan orang kita.. tapi kita dengan bangganya cakap “ wah .. !! orang MALAYSIA mampu buat building tu la..“ ..okey .. !! memang kita yang reka.. tapi behind the making nak buat building tu,dorang2 nie..peluh2 mereka yang menitik buat semua nie..kita bangga pakai tudung ala-ala indon(alar.. tudung arini tu.. ).. tapi sedar tak kita.. secara halus nya mereka cuba ubah kita jadi macam mereka.. memang cantik... tapi lagi cantik kita pakai tudung dari wakaf che’ye ke, made in nilai 3 ker..Tudung fesyen orang melayu.. sedar tak kita.. yang identiti perempuan melayu malaysia yang bertudung hilang bila kita pakai tudung macam mereka2 nie.. terfikir tak ?? pasal lagu2 dan cerita.. aku akui dorang punya kualiti seni memang bagus berbanding kita.. tapi kenapa kita tak boleh jadi macam mereka.. teknologi banyak.. canggih2 dari mereka.. tapi hasil kan produk seni kurang berkualiti.. orang kita yang biasa2 dengar dan lihat pun hilang selera dah..
Seperti kata nabil ‘ LU PIKIR LA SENDIRI’
Tapi kalau orang kita amik ringan pasal benda2 nie..sebuah negara terbentuk hasil susah payah TUNKU ABD RAHMAN , TUNKU ONN JAAFAR dan yang lain2 cuba tubuhkan hilang tenggelam macam tu sahaja..macam kacang lupakan kulit.tak guna laung malaysia boleh kalau yang laung tu bukan orang malaysia..tak guna sambut merdeka, kalau kita masih dijajah..

Betul tak ??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...