Thursday, December 30, 2010

goodbye 2010 and hi 2011 !!

selamay tinggal wahai 2010

i will miss you buddy !!
you give me many sweet and sour memories
you give me success and failure.
oo....
miss you. miss you.



don't let your past steal your present and future.
what you had today is what you done yesterday.
do the best for the future..
fighting !!
fighting !!




wahhh.. bermadah berhelah !! 
mentang-mentang lah dah nak habis tahun 2010 ni kan..


ALHAMDUNILLAH YA RAHIM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
azam 2011 ialah...
*okey . ni azam yang melampau..
mampu tak nak plan macam ni ??
hahaha.

piala AFF milik MALAYSIA !!! weeeeeeee~~~~

pagi-pagi lagi bangun tidur dah menyanyi lagu jalur gemilang.
oo.. sangat bersemangat hari ni.


semua nya gara-gara
KITA MENANG, WEH !!
jerit kuat-kuat sikit sampai siam
KITA MENANG WEH !!
ALHAMDUNILLAH
:)
tahniah untuk manchester united 
PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA 
yang bersusah payah untuk dapatkan piala AFF Suzuki untuk semua rakyat Malaysia

oo teruk oo main bola sepak ni
mandi peluh , kena siku , kena kutuk , kena terajang
,kena maki , kena baling botol , kena laser
dan semacam-macam kena lagi.


ooo nasib baik la aku perempuan kan.
kalau tak mesti ayah aku dah suruh main bola sepak 
pastu boleh wakil Selangor
dengan harapan lepas ni bole sambung keturunan 
jawa yang main dalam team tu .
-.-"
.
.
.
.
.
dan walaupun
 si bambang pamungkas ni dulu wakil Selangor
dan pernah menjadi salah satu muka yang ditempek kat belakang pintu bilik
dan aku pernah keluarkan statement
" ooo .. ganteng banget ya kamu mas bambang.. suka banget sama kamu "

tapi bila da lawan dengan Malaysia
"senyap la kau indon !! meh la berani nak ganyang Malaysia.. 
sat lagi aku kasi harimau tokak ampa baru ampa taww"


*oo teringat masa final Piala Malaysia dulu
si bambang ni boleh nak kejar bola lagi walaupun seluar dah koyak
nasib baik hang pakai 'tight' kat dalam
kalau tak....
.
.
.
.

dan orang ini sangat hebat ooo..
walaupun dia pegang bola banyak kali pengadil tak pernah kasi dia kad kuning kan..

da nama nya dia penjaga gol kan..

hebatkan dia ni.

Khairul Fahmi Che Mat
a.k.a apex

ok mari google gambar yang 'encem' sikit

*pinjam baju boleh bang... ??
saya suka purple 
:D
.
.
.
.
.
dan yang ni tetap menjadi pooojaaaaannnn hati ku
e.. eh...
okey mari cari gambar elok sikit

ok dapat da.. 
Amri Yahyah
.
.
.
.
.
K Rajagopal sekarang ni pun dah jadi 
pujaan hati 
kan...kan...

Monday, December 27, 2010

anda patut tengok ni : krakotoa. volcano of destruction

kalau anda rasa Tsunami 2004 itu dasyat dan menakutkan
ini lagi berganda-ganda dasyat nya..

trajedi letupan gunung krakatoa kat Indonesia pada tahun 1883 ni 
sangat-sangat dasyat.

peristiwa ini dilakonkan semula 
berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Johanna Beyerinck; 
salah seorang mangsa yang terselamat 

memang dokumentari ni buat aku terpaku kejap.
pasal terbayang kan macam mana keadaan sebenar masa tu.
tengok yang dilakonkan semula ni pun dah dasyat semacam
tak tahu pula kan kalau dorang tipu kan.
kata teknologi canggih.





cuba kauorang bayangkan letupan gunung berapi tu boleh menyebabkan 
tsunami setinggi 37 meter yang sangat dasyat
sampai batu karang 600 tan boleh tersadai kat tepi pantai.
kalau aku yang tak sampai 45 kg ni macam mana lah rupa kena lambung dengan ombak tinggi ni.

hujan batu berhari-hari kat laut
ribut asap dan wap panas berpuluh-puluh kilometer.
bunyi letupan dia boleh dengar sampai Australia yang 5000 km jauh.
hang tuah yang tengah bertarung dengan jebat pun mesti terkejut dengar bunyi letupan ni.
kan Malaysia lagi dekat kan.

letupan dia 10,000 kali ganda dari letupan hiroshima

dan membunuh hampir 50,000 orang penduduk di 295 buah kampung.
woooo... 
okey. tutup mulut.
masuk lalat pula kang.


dasyat kan.
kuasa Illahi tiada siapa boleh jangka.

ada band-surga cinta

Terdiam…..
Hanya bisa diam
dingin menyerang… di sekujur tubuhku

layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya
meneduhkan lamunan
masih jelas terlihat, pesona ayumu
masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh

inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua

perlahan bawa smua tanya
satu bersama langkah di taman ini

terangkai bunga tanda cinta murni adanya
tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh….

dimana aku sedang berada mengapa sendiri
lari telanjang
tanpa seorangpun yang mau peduli

terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
tak ingin rasa sepi meratapi malang tanpa dirinya

kucing pun pandai feeling-feeling kan...

Sunday, December 26, 2010

it's our cutie sweet pie junior

let me tell you a story about 
my best girlfriend's group when i'm at school last time.
FRENS
stand up Fatin Ros Eg Nazuha Syazwani

(ganjal semacam pula cakap omputeh ni.)


dari sekolah rendah lagi kitaorang dah rapat da.

gelak-gelak.
lukis mural.
kawad kaki.
pergi cuci mata .
menyanyi .
gaduh dengan group perempuan lain .
dan nama-nama kitaorang yang selalu kena tulis dalam toilet .

( oo.. rindunya zaman tu.. )

*saya.fatin.nazuha.syazwani.ros
di bukit jalil
koir sukan sea 2002

*hari sukan sekolah 2003


.
.
.
.
dan bila masa pun berlalu dengan pantas nya
salah seorang dari kami pun kahwin
check out the last year entry

fatin kamalia jamaluddin



dan sekarang kami dah ada FRENS junior


ini dia..
fatin junior


NUR QALEESYA IRDINA BT MOHD HAFIY
.
.
oo.. comelnya..
dan selepas ini nak kumpulkan pula
Ros junior
Nazuha junior
Syazwani junior

Eg junior ??
(terdiam seketika)


dan oleh kerana tak dapat balik subang
hanya mampu duduk depan laptop
buka facebook
dan 
tengok gambar je

*she smilling is it ??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
tahniah untuk noraliza dan fakhursy juga..
dah selamat bertunang dah mereka ni.. 
kawan-kawan masa sekolah juga.
semoga berbahagia








giliran saya ??
ok.
dah habis waktu untuk menaip.
happy your day
(lari tak mahu jawab soalan)

Thursday, December 23, 2010

bila sudah lelah mencuba

i'd always try to be awesome..
even i know i can't be the perfect ones..
but still can't achieve the level yet
.
.
.
.
.
.
.
.

tengok lukis kereta pun tak jadi
aish... 
habis kecik dah pemadam nak lukis seketul macam ni.. 
-.-"

Monday, December 20, 2010

kucing pun derma darah tauuuuuu...

dalam nada seram sejuk

kauorang kena
baring atas katil yang dah tentunya bau ubat hospital
dan bercadar bersarung bantal putih
kauorang pandang kiri kanan
semua kat situ menahan sakit
ada yang menjerit-jerit
lepas tu tiba-tiba terdengar ada bunyi derap kasut datang dekat
  orang tu perempuan
dengan muka garang dia datang dekat kauorang
tarik dan pegang lengan kauorang kuat-kuat
 dan dia cucuk jarum besar cucuk kat lengan tu
pastu tengok darah kauorang mengalir laju-laju masuk dalam beg plastik


ooo..
ok..
eksyen je nak cerita lebar-lebar..
dipendekkan cerita
sebenarnya aku nak tanya
 apa rasa bila kena derma darah yaa ??..







hari tu kat channel animal planet ada keluar cerita pasal 
kucing yang menderma darah...



ni contoh kucing yang dah menderma ni
nama dia rusty bukan rusli




tak percaya kucing pun menderma darah ??
try buka website ni..


pergi bawa kucing kauorang derma darah..
nanti boleh pakaikan uniform ni
SUPERCAT !!!



kalau kucing pun boleh derma darah..
kenapa tak kita kan...



aku ??
special case
nurse kate aku tak boleh derma darah 
muka serius
pasal nurse kata tak cukup berat badan
wow .. tadi timbang berat dah cukup 45kg
tinggi pun tak cukup
apa kena mengena dengan tinggi ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
si boyot sekor ni tak suka derma darah..
dia suka kumpul lemak je..

Thursday, December 16, 2010

hantu zomba zombi

apa ada di kampung pisang





dulu ada muncul ramai zomba...
e'eh.. zombieeee..

sekarang muncul pula ni



hantu kak limah

hebatkan kampung pisang
.
.
.
kesian dekat si husin
lepas ni boleh jadi ghostbuster






tapi tak boleh kalahkan 

kat kampung pinang sebatang

ada hantu panggil geng laa... 

Sunday, December 12, 2010

dokumentari tak jadi.

semalam tengok lagi dokumentari pasal P.Ramlee..
lepas tu mula la berangan-angan nak jadi suhaimi meor hassan baba
nak kumpul cerita selama 12 tahun lepas tu buat dokumetari 
dan siar kat history channel bagi satu asia tengok..
oo.. sangat mengagumkan..




mari imbas kembali 3 tahun yang lalu
(latihan pertama nak buat dokumentari... kunun)
.
.
.
report lab pertama dengan kumpulan pertama..
dan dapat markah paling tinggi buat pertama kali..
kulit depan report masih disimpan..
yang ada tulis markah entah hilang mana..
tapi percaya lah..
group kitaorang dapat markah paling tinggi sekali oooo... 
tak tipu oooo..
.
.
.
.
 merayau dari 5 petang sampai 7 pagi 
keliling alor star,jitra,changlun 
dan perlis
-.-"
.
.
.
.
.
lawatan ke Kulim High Tech..
.
.
.
.
.

bersuka ria di tengah malam dekat kolam air panas..
besok nya semua pergi bengkel macam zombi kg pisang hantu kak limah balik rumah
dengan tersengih-sengih
.
.
.
.
.
.
.
dan cepat betul masa berlalu..
tengok !! sorang dah kahwin..
tahniah azam & pya..








oo.. dokumentari ni tak jadi..
fail !!
tarik balik angan-angan nak jadi suhaimi baba

*lama tak syok sendiri letak gambar sendiri kat blog sendiri.
-.-"


entry special trip to kelantan akan menyusul kemudian..
cuti-cuti ni duduk kat rumah amik mood dulu..
kumpul tenaga sebelum nak terbang balik ke perglih pula..
MySpace

which group are you ??

*kalau nak nampak dengan jelas lagi..
klik je dekat gambar tu.

Tuesday, November 30, 2010

hari aids sedunia



1 disember setiap tahun merupakan hari aids sedunia..

dan tahun ini bertemakan 
"Universal Access and Human Rights" 

( dah macam ayat kat surat khabar pula..)

back to basic...

apa itu aids.. ?

AIDS dalam bahasa inggeris bermaksud 
acquired immunodeficiency syndrome

atau dalam bahasa 'senang nak paham'
sindrom kurang tahan yang disebabkan oleh  HIV

bagaimana AIDS ini boleh berjangkit ??

ada mitos-mitos mengatakan yang pesakit AIDS ini tidak boleh didekati 
kerana senang merebak..
ooo.. itu tipu sahaja.. 


 tahukah anda bahawa anda tidak akan dijangkiti penyakit ini jika  :
  • bersentuhan ( contohnnya bersalam)
  • melalui perkongsian pinggan,mangkuk,sudu,senduk dan sewaktu dengan nya..
  • melalui bersin atau batuk
  • pergi  berenang bersama-sama dengan pesakit aids..




anda mungkin akan dijangkiti penyakit ini jika :
*translate sendiri..



sehingga kini belum ada lagi pesakit aids yang sembuh sepenuhnya..

walaupun aids ini kadangkala tidak mengganggu rutin harian pesakit...

tetapi sedikit demi sedikit ia akan 'memakan' sistem
 dalam tubuh badan pesakit itu sendiri 


oleh itu.. 

lindungilah diri anda dan orang yang tersayang..

mencegah itu lebih baik dari merawat..

renung-renungkanlah dan selamat beramal..
:)

Monday, November 29, 2010

It takes strength....

It takes strength to do what must be done, 

when the work is unpleasant and uncomfortable. 

It takes strength to persist in the face of obstacles, 


when it would be much easier to simply give up. 

It takes strength to be polite to someone, 


when that person has been rude to you. 

It takes strength to be truthful, 


when a lie would be more convenient. 

It takes strength to build for the future. 


It takes strength to do what is right. 


It takes strength to make an effort, 

when it would be easier to make up an excuse. 



Ralph Marston


it takes strength untuk tahan mengantuk..
oooooo...~~~!!

Jodoh itu ketentuan Tuhan kan..

" ..Kadangkala Allah sembunyikan matahari, 
Dia datangkan petir dan kilat. 
Kita menangis dan tertanya-tanya,
 kemana menghilangnya sinar. 
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..  "

sila jangan percaya aku yang karang ayat-ayat diatas..
tak susah nak cari ayat-ayat macam ni..
apa guna nya si bulat-bulat google tue..


jodoh ni adalah ketentuan Tuhan..
dan kita sememangnya tak boleh pertikaikan ..
kalau jodoh datang lambat,
 tak boleh lah kita merungut lepas tu hentak kaki kat atas meja 10 kali..
lu pikir la sendiri 
kena la fikir secara positif dan matang..
bila fikir macam tu.. kita tak la rasa tertekan sangat..
kan..kan..
tapi kalau terasa gatal juga nak kahwin,
" pi suh mak ayah hang pinang anak sapa-sapa 
kat tengah jalan tue.. "

ada orang kata yang jodoh ni sebenarnya sangat dekat dengan kita,
cuma mungkin belum masa nya lagi Tuhan 
nak kita nampak 'dia'..
tapi ada yang juga yang antara kita 
rasa 'dia' jodoh kita..
lepas tu 'feeling' lebih-lebih...
gaduh-gaduh habis basah bantal pasal menangis..
baling handphone,kerusi meja sana sini...
dan akhirnya kahwin dengan orang lain pula..

perkahwinan itu bukan untuk sehari dua atau sejam..
tapi untuk kehidupan dunia.. dan bekalan di akhirat kelak..
oleh itu jika nak cari jodoh,
cari lah jodoh anda itu betul-betul..
biar tak indah di mata
tapi cantik dan bersih di hati..
dan bila dah dapat tu..
jagalah seelok-eloknya..
hargai sebaik-baiknya..
kerana hukum alam menyatakan
'bila orang dah tak ada depan mata kita baru lah kita nak hargai'
kan..kan..
lepas tu menyesal tak sudah..
padan muka kau  !!

renung-renungkan lah dan selamat beramal...
:)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tahniah untuk noor azam ahmad yang nak
 berkahwin 6hb disember nie..
ahli manufacturing family yang pertama nak kahwin oooo....
ada siapa-siapa yang nak menyusul selepas ni ?? 
hehehehe.. 
*perjumpaan terakhir dengan
 si bujang azam masa konvokesyen diploma tahun lepas


ooo... azam.. 
doa-doakan lah kami dapat sampai ke kelantan 6hb nanti.
tak sabaq ni nak pi tengok hang kahwin ni..



.
.
.
.
.
.
paksa kanak-kanak jadi pengapit dan pengipas..
tutup muka sendiri..
dan tak nak mengaku AKU LA WEI yang bersanding tue..
ha !! 
kan da termengaku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...