" ..Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana menghilangnya sinar.
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.. "
sila jangan percaya aku yang karang ayat-ayat diatas..
tak susah nak cari ayat-ayat macam ni..
apa guna nya si bulat-bulat google tue..
jodoh ni adalah ketentuan Tuhan..
dan kita sememangnya tak boleh pertikaikan ..
kalau jodoh datang lambat,
tak boleh lah kita merungut lepas tu hentak kaki kat atas meja 10 kali..
kena la fikir secara positif dan matang..
bila fikir macam tu.. kita tak la rasa tertekan sangat..
kan..kan..
tapi kalau terasa gatal juga nak kahwin,
" pi suh mak ayah hang pinang anak sapa-sapa
kat tengah jalan tue.. "
ada orang kata yang jodoh ni sebenarnya sangat dekat dengan kita,
cuma mungkin belum masa nya lagi Tuhan
nak kita nampak 'dia'..
tapi ada yang juga yang antara kita
rasa 'dia' jodoh kita..
lepas tu 'feeling' lebih-lebih...
gaduh-gaduh habis basah bantal pasal menangis..
baling handphone,kerusi meja sana sini...
dan akhirnya kahwin dengan orang lain pula..
perkahwinan itu bukan untuk sehari dua atau sejam..
tapi untuk kehidupan dunia.. dan bekalan di akhirat kelak..
oleh itu jika nak cari jodoh,
cari lah jodoh anda itu betul-betul..
biar tak indah di mata
tapi cantik dan bersih di hati..
dan bila dah dapat tu..
jagalah seelok-eloknya..
hargai sebaik-baiknya..
kerana hukum alam menyatakan
'bila orang dah tak ada depan mata kita baru lah kita nak hargai'
kan..kan..
lepas tu menyesal tak sudah..
renung-renungkan lah dan selamat beramal...
:)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tahniah untuk noor azam ahmad yang nak
berkahwin 6hb disember nie..
ahli manufacturing family yang pertama nak kahwin oooo....
ada siapa-siapa yang nak menyusul selepas ni ??
hehehehe..
*perjumpaan terakhir dengan
si bujang azam masa konvokesyen diploma tahun lepas
ooo... azam..
doa-doakan lah kami dapat sampai ke kelantan 6hb nanti.
tak sabaq ni nak pi tengok hang kahwin ni..
.
.
.
.
.
.
paksa kanak-kanak jadi pengapit dan pengipas..
tutup muka sendiri..
dan tak nak mengaku AKU LA WEI yang bersanding tue..
ha !!
kan da termengaku..
No comments:
Post a Comment