Thursday, January 20, 2011

lelaki vs perempuan ( shopping~~!!! )

beza antara lelaki dan perempuan 
bila nak membeli dan membelah


1. pilihan tempat
perempuan : suka tempat yang banyak pilihan. katanya senang nak pilih barang.. 
kalau beli beras sekampit nak ke tesco atau giant.. kat kedai mamak tak banyak pilihan..
kalau tak habis pusing satu shopping mall tu memang tak sah.. semua kedai kena masuk... 
kan.. kan..

lelaki : lebih suka tempat yang dekat dan cepat nak balik.. sekali pusing sekali masuk dah la..
buat sakit kaki je pusing banyak kali 
kann..kan.. 


2. harga barang
perempuan : lebih senang survey harga barang.. lepas tu bandingkan semua harga kat semua kedai
lepas tu barulah pilih yang murah yang cantik atau mahal yang berpatutan..

lelaki : alaaa.. sama je kan.. murah pun ok.. mahal pun okey je.. benda pun sama je kan.. 
beli stokin kat giant sama je kalau beli stokin dekat topman.

3. barang yang dipilih
perempuan : lebih suka macam-macam jenama.. ok bulan lepas beli coach.. bulan ni beli guess pula ya.. 
dan bila beli barang tu akan tilik semua nya.. 
okey ke tak.. koyak ke tak.. tetas ke tak..
kalau ada koyak sikit " hurmm.. tak apa lah.. kita tengok kat tempat lain la"

lelaki : saya suka nike.. kasut nike.. baju nike.. jam nike.. 
boxer pun nike juga..
dan bila beli tu tengok dan rembat sahaja.. 
beli kat satu kedai pastu "dah dapat daa... jom balik... " 


4. berteman 
perempuan : akan bawa 4-5 orang kawan atau pergi dengan adik beradik yang juga perempuan.. 
senang nanti nak tanya
 " ehh.. baju ni okey tak dengan aku ?? " 
atau.. 
"eh.. beli lah yang ni.. yang tu macam kurang sesuai je dengan kau..
 dengan aku sesuai la.."

lelaki : selalu akan pergi seorang je.. senang nak berjalan.. 
kalau pergi dengan kekasih atau isteri pun macam rela tak rela.. 
dalam hati " bila lah nak habis shopping ni.. "
kalau pergi 2-3 orang kawan pun pergi shopping kat kedai sukan je... 
" but ni kalau nak lari ala-ala macam lampard atas padang agak-agak ok tak ??"


5. troli dan bakul
perempuan : kalau pergi beli barang macam dekat tesco atau giant atau thestore je.. 
mesti selagi tak penuh troli dan bakul mesti tak sah.. 
kalau mula-mula tak mahu bawa troli,
 tapi akhirnya akan mencari juga bakul atau troli pasal tak cukup tangan

lelaki : paling banyak sekali pun cuma amik bakul je.. nak bawa troli ?? 
oo leceh nya.. pegang kat tangan kan senang.. ni nak kena tolak.. 



tapi mengikut kajian yang dilakukan oleh orang-orang yang rajin mengkaji ni..

25 % perempuan akan sama seperti lelaki dalam memilih harga..
dan
15 % lelaki akan sama seperti perempuan dalam memilih kemudahan yang digunakan





dan bila ada lelaki tu yang suka shopping , betul kah ?? 
dia akan kata 
"hey, i'm not shopping laa.. i'm just doing my research.. "
ye kan ?
heeeee....
duhai lelaki jangan marah.. 
jom shopping bang ... :)

5 comments:

Unknown said...

setuju 100%...bila lah nak bis pantang nih...nak gi bershopping...huhu

Unknown said...

nnt tggu aisy besar sket ya bru pi shopping sma2 ngan aisy..
anyway lupa nk wish.. congratz..
xterlmbat kan nk wish.. :)

Sarah Nabila said...

stuju jugak..especially part pusing abis satu mall..rase x puas kalau x tgk semua..takut termiss brg2 yg tgh sale (^_^)

Unknown said...

heeee.. kan. kan..
memang kena pusing 1 mall..
pastu tiap2 kedai kene stop..
biar lmbat asal selamat..
heeee... :)

Cik Goyos /Goyos-chan said...

hehehe, stuju gak.. kadang2 tue laki lebih cerewet dr perempuan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...