memandangkan sekarang ni dah nak habis tahun 3.
tiba-tiba terasa nak terfikir..
"apa nak buat lepas ni ??"
kalau orang lain , apa yang diaorang buat .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ada juga kes yang macam ni..
belajar amek course kulinari..
bila kerja jadi kenari kerani..
ada juga kes..
belajar amek course akauntan...
bila kerja jadi baby-sitter kat tadika..
benda ni kadang-kadang berlaku
pasal dah minat
dan agak susah nak dapat kerja ikut course.
2. kerja dulu !!
ada yang masa study ni dah awal-awal buat plan da ..
contoh nya macam ni :
plan a (pelan untuk kemajuan)
"..habis belajar tak kira nak kerja dekat Perodua !! nak jadi CEO terus. "
" .. kumpul duit dulu.. bayar hutang PTPTN.."
" nak kerja.. mana tahu dapat jumpa
engineer yang kacak-kacak ke .."
"..kerja dekat universiti masa belajar... balas budi katakan.. "
plan b(operasi kumpul duit)
" cari pengalaman lah.. nanti senang nak masuk company besar "
" ..senang lau dah kumpul duit, ley antar mak ayah pi Makkah.."
" kumpul duit.. nak kahwin ! "
3. sambung terus
habis UPSR sambung PMR habis PMR sambung SPM
habis SPM sambung diploma
habis diploma sambung degree..
habis degree sambung master
habis master sambung PHD
aihhh.. bila nak habis ni...
4.bercuti setahun.
ada juga yang agak kaya raya bunga raya tu,
lepas belajar lama-lama,
duduk rumah, goyang kaki..
pergi pusing keliling dunia..
agak-agak dah bosan baru terfikir nak buat apa..
5. amek kursus tambahan
kursus tambahan ni macam amek kursus bahasa asing ke..
kursus memasak ke..
menjahit ke..
dan kalau nak tahu..
dulu sebelum sambung degree,
ada juga plan nak amek kursus tambahan
nak isi masa lapang lah katakan..
tapi awal-awal lagi kena bangkang..
aih.. nak amek kursus kahwin pun tak boleh..
6.kerja dulu lepas tu sambung belajar
yang ni pun agak ramai yang buat macam ni..
kerja dulu..
cari pengalaman kumpul ilmu
pastu sambung buat master / phd..
kalau bertuah, dapatlah company tu taja sambung belajar..
tapi yang paling top sekali..
orang akan buat lepas habis belajar
ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
orang pertama antara kawan-kawan dari zaman diploma
yang dah ada unsur-unsur akan kahwin lepas je grade semestinya si
lynn..
sekarang ni pun dah unsur-unsur planning " wedding of the year"
yang mana bercinta masa zaman belajar,
dah plan da..
" nanti masa kita konvo nanti..
kita agihkan kad kahwin..
lagi best kalau kita buat banner .. semua boleh nampak..
menarik kan .. kan..kan.."
oh !! macam-macam akan berlaku
kan lepas habis belajar..
nak buat yang mana satu ya.. ??