Saturday, July 14, 2012

Kenduri versi kampung VS Kenduri versi bandar


amaran !
entry ini di buat bukan kerana kenduri saya nak kahwin 
atau ada kenduri bertunang ke.
(bahaya kalau post bukan-bukan sekarang ni)
-_- 
cuma baru je melihat ada kenduri kat belakang rumah.



KENDURI VERSI BANDAR !! 

Kalau diikutkan sekarang ni ramai yang lebih suka buat kenduri-kendara kat dewan. Bila buat kenduri di dewan, lebih senang kerana tak payah nak kemas rumah dan tentu-tentulah panggil katering saja.

Cuma perlu cari katering, bayar harga, nak lauk apa, dah settle !!! 
Tak perlu da pergi beli barang berkilo-kilo dan rumah pun dah macam kedai runcit. Macam-macam ada.

Lagipun kalau duduk di kawasan perumahan atau apartment, memang tak ada tempat kan nak masak-masak. Rumah jadi tempat untuk saudara-mara berehat sambil tengok TV. 


Keistimewaan kenduri yang guna katering ni ada. Yela ! Dah confirm-confirm kalau guna katering, siap sekali dengan pekerja-pekerja yang akan kemas, angkat-mengangkat dan juga menghidang. Dah senang da.Tak perlu susahkan saudara-mara atau jiran-jiran kan.Cuma panggil duduk makan je.


*baru lepas berlunch makan biskut kering dengan air teh.
tengok gambar ni terus terliur.. -_-


Senang kan kalau kenduri versi bandar. Tapi susah nak duduk berkumpul sekali saudara-mara. Ye la, da habis makan, semua balik. 







KENDURI VERSI KAMPUNG !!
Tapi kan , kalau kenduri versi kampung ni sebenarnya lagi menyeronokkan. Semua keluarga berkumpul tolong menolong.

Duduk bersila ramai-ramai potong bawang, potong ayam. Sambil potong-memotong boleh lah berkongsi cerita itu ini. Boleh gelak sama-sama. Boleh nampak ada ukhwah yang kuat masa tu. 

Jatuh satu periuk, semua menjerit, ada yang melatah lagi seronok kan !! Meriah kan !! Tak perlu kot nak pasang radio atau panggil deejay buat karaoke da,suara saudara-mara jiran tetangga lagi meriah kan !! 








KENDURI VERSI RUMAH SAYA VERSI ALA KAMPUNG !! 

Masa angah dan along kahwin dulu (buat serentak) , mak dan ayah memang tak panggil katering pun. Masak kat tepi rumah. Ya ! Saya duduk di Shah Alam . Bila orang dengar Shah Alam mesti akan kata "Oh ! budak bandar kot budak ni !!" Tapi bila duduk di Kampung Melayu Subang. Tetap orang kampung juga ye.  

Alhamdulillah, ada ruang kat tepi rumah, semua masak-masak kat situ. memang penat. Pukul 3 pagi duduk mencangkung kat luar rumah basuh pinggan-mangkuk. Tidur peluk periuk. Tapi memang seronok.

Tapi itu 12 tahun yang lepas la. -_-





Tu dia soalan !!! 

Tak ada orang nak masuk meminang la. 
Siapa la yang mahu kat saya ni 
-_-



Alamak ! Erk !! 






sumber gambar : pakcik Google

3 comments:

ajax85 said...

kampung lg sbb ada perpaduan..heheh.Btl x?

H I said...

nice, kampung lagi best. meriah! :D

Unknown said...

kan... versi kampung lagi best.. kupas bawang ramai2.. smbil goreng ayam boleh makan ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...