Friday, July 6, 2012

macam mana nak lukis lembu guna AutoCAD ?


Habis je final exam 18 Jun hari tu kawan-kawan dah mula sibuk bercuti.. 
Ada dah mula bekerja.. :( 
Ada dah mula buat hantaran kahwin.. :'(


Dan saya ? Tak reti-reti nak balik Subang lagi.. masih bertenggek di Perlis..
Sampai pakcik bas UniMAP pun dah buat muka bosan.Pergi kedai makan, ada pakcik kat kedai tu boleh cakap

 "hangpa dok kena extent kaa ? ramai student dok kena 
extent laa ni.. "

Oh pakcik !! Janganlah kata begitu.Saya ada di  Perlis kerana ini ... 
Berapa minggu sebelum masuk kelas AutoCAD ni ,memang ada tengok 'ORANG-TU' lukis guna AutoCAD.Masa tu tangan gatal je nak pegang mouse nak lukis-lukis balik tapi tak terpinjam AutoCAD  'ORANG-TU'cuma tengok je  'ORANG-TU' guna macam mana..
(rindu kat orang tu..bilalah orang tu nak tanya khabar)


Sekarang.,bila dah bagi PC sorang satu sendiri.. hambek !! Kul 9 pagi sampai 5 petang !! hambek !! 
Tengok la AutoCAD tu sampai termuntah !! hambek !! hambek !!




Bila masuk kelas AutoCAD, trainer ajar dekat depan lain


Tapi trainee kat belakang buat lain, oh ! saya je.. Yang lain tak terlibat pun 




*Bad tu classmate yeee


Dan tilik punya tilik segala jenis icon dan command yang ada dan berkat terlebih ajaran ,
Terlukis pula ni..



Sama tak ?? Sama tak ??
huh ! Riak sungguh..!!  Padahal baru lukis 2D,bukan 3D pun ! 


yeay !
Tak sabar balik subang nanti nak tunjuk kat Ayah.Selalunya kalau lukis kereta mesti punya lah kena kutuk kritik dengan Ayah


" ni ape lukis tayar pancit !!"
(-_-")
" macam roti canai je "
("-_-)


Oh ! Ayah saya suka makan roti canai.Bila nampak bulat-bulat macam ni terus automatik ingat roti canai..

Oh ! Ayah !!
Ada rupa roti canai ke ?




Dan ada sekali lukis tayar cuma separuh.,takut kena kutuk kritik lagi..
Esoknya, tengok atas meja..  eh ! dah berubah ! eh ! eh !! 


Siap ada shading lagi.Macam pizza ..! 


Oh ! Ayah !!
:')




Dan selepas 9 hari kelas, kena la amek test..
" tak lulus test tak dapat sijil !! padan muka  " 

Terus buat short notes kaler-kaler segala bagai, dah macam nak final exam da..

Tapi malam sebelum test, masa orang lain pulun sibuk studysaya sibuk main game.Tergatal tangan install game baru, terus terjebak main berjam-jam.dari petang sampai ke malam..Bila dah pukul 1130, mula nak cari bantal..

oh ! teruk nya Izzianti Sadali niii !!
-_-"



Dan bangun-bangun je kelam kabut cari nota bawah bantal.Dan akhirnya lepas jawab test dan bila tengok result, terus lompat-lompat senyum sampai ke jambul ! 


tarikh terbalik tu, Julai 5 2012



" ..Alhamdulillah !! PASS :') 
tak sia-sia aku main game sampai level 17 malam tadi "

-_-





Lupa nak lukis gambar kereta ni sebelum habis kelas









macam mana nak lukis lembu guna AutoCAD ?

2 comments:

Arai Lekir said...

86 percent... hebat betul

Unknown said...

Alhamdulillah ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...