selalunya trend orang berkahwin ni mesti masa cuti sekolah..
tapi perasan tak , selain cuti sekolah,
antara waktu-waktu yang jadi trend kahwin
kebanyakannya sebelum puasa kan..
eh !!
dah tengok gambar awesome wedding Irma Hasmie ??
dah tengok ??
nak tunjuk juga !!
saya sukaaaa~~
kliker memang suka tangkap gambar cantik-cantik ek??
love after marriage
insyaAllah.. I want too !!
dan
blogger cantik Irine Nadia Marcello pun minggu ni juga
oh ! Irine dapat oghang peghleh !!
dan pada hari yang sama.
saya terlepas 3 majlis kahwin kawan-kawan !!
diulangi
TELAH TERLEPAS !!
atau bahasa lainnya
TAK DAPAT MENGHADIRI !!
duduk di Perlis ni memang payah !!
"..jangan mengeluh.."
Siti Hajar !
kawan dari zaman hingusan..
geng ponteng puasa ..
geng main masak-masak guna pasir daun kat tepi sungai..
(rumah Hajar dulu tepi sungai)
dan rumah Hajar ni juga yang jadi mangsa bila ponteng sekolah masa form 2..
gara-gara nak tengok episod last cerita La Usurpadora..
masa tu jadi Pengawas sekolah..
otai punya pasal pukul 3 lebih keluar sekolah pergi rumah Hajar
tengok cerita ramai-ramai..
sanggup !! sanggup !!
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
syed rezza
kawan kelas masa form 4-5
berlakon sama-sama untuk drama kelas..
antara yang rajin bertandang kat rumah..
tak kira raya ke tak raya ke...
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
asyikin !!
kawan dari sekolah rendah...
sama-sama pergi kutip duit raya
kat umah kawan-kawan
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
dan paling terkilan
bila tak dapat pergi kenduri mereka ni !!
mula rasa macam
"menyesalnya belajar jauh-jauh ni"
tapi apa nak buat..
dah habis kot belajar..
Qurattu Ain !
terlepas kenduri kat Perlis pasal salah tarikh
final project punya pasal sampai fikiran terlewat sehari..
ingat kenduri hari ahad.. beria-ia la plan nak pergi..
sekali tengok hari sabtu..
haaaa !! terkilan sungguh
Qurat ni kembar masa dalam kelas
duduk meja sebelah kat belakang kelas..
board kat belakang habis jadi mangsa contengan kitaorang..
dulu sama-sama ponteng kelas kimia
dengan alasan buat projek seni.. padahal lepak kat library baca novel..
geng seangkatan yang balik lambat setiap kali Jumaat
pasal pergi kelas tambahan seni
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
Nurul Hana !!
kawan sekolah rendah yang terpisah dan di temu kembali
masa tingkatan 5...
pesaing hebat siapa dapat markah subjek add mathematic paling tinggi
tapi selalu kalah dengan Hana ni..
dan juga sumber rujukan jawapan untuk subjek prinsip akaun..
tu yang dapat C tu untuk akaun..time latihan meniru je..
geng yang suka teman merayau naik motor..
pantang ajak mesti "joooooomm"
geng paling rajin nak follow pergi kelas tambahan add math ..
pasal cikgu add math yang kacak dan murah hati pasal selalu bagi belanja makan..
geng suka buat meeting kat belakang kelas
(dengan Qurat)
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
dan terlepas juga perkahwinan senior-senior
Fitri Suria Hanini
teman sebilik masa praktikal kat Perodua
yang ajar 'ikan-keli-tu-sedap-la'
geng kaki komik..
geng yang sama-sama jalan kaki pergi cari kedai makan..
Fit ni nama je kecik..
tapi dia kuat makan..
jadi bila dia tak keluar dating, memang kitaorang suka jalan jauh-jauh
cari kedai makan..
balik je tangan penuh.. bungkus bawa balik..
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
Abdul Rahman
senior yang banyak bagi nasihat itu ini..
lelaki yang membuktikan "kaum-lelaki-masih-boleh-dipercayai-lah"
geng suka chatting bila malam-malam
(sekarang dah tak boleh da...)
yang bila time chatting tu automatik terus terikut bahasa ganu..
ye dop ?
kadang-kadang terfikir,
'man ni paham tak aku cakap ape ? tunggang terbalik kot ayat ganu '
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
Wan Zulfadzli
geng praktikal masa kat Perodua dulu juga..
walaupun lain-lain Universiti dan jumpa di Perodua..
tapi sangat sempoi mamat ni..
teman semeja hampir setiap kali masa rehat..
memang buat selera tak keruan je tiap kali makan sekali..
kacak ooo mamat ni..
(aip !!dah jadi suami orang daaa)
dan
tup.. !! tup..!! dia dah kahwin
Alhamdulillah :)
Alhamdulillah !!
Alhamdulillah !!
semoga rumah tangga diberkati dan diredhai Nya..
semoga melahirkan Mujahid dan Mujahidah yang soleh dan solehah..
dan
semoga kekal hingga ke Jannah
“..Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul Islam wal muslimin.."
:)
dari Izzianti dan future zauj yang tak tahu lagi
eceh !!!
No comments:
Post a Comment