Monday, July 30, 2012

wasiat Rasulullah s.a.w #1 - untuk kaum wanita







Selamatkan diri dari neraka

Rasulullah s.a.w bersabda , "Wahai kaum wanita, bersedekahlah.Sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku, kalianlah yang paling banyak menghuni neraka"


Jauhkan diri dari dosa kecil

Aisyah r.a berkata , Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku "Wahai Aisyah, takutlah kamu akan segala perbuatan dosa kecil......"

Bertakwa dan bersikap lemah lembut


Aisyah r.a berkata , Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku "Wahai Aisyah, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersikap lemah lembut. Lemah lembut itu tidak lain adalah perhiasan dan jangan lepaskan sedikit sedikit pun.."


Bersabar ketika menghadapi ujian

Ummu Al-Alla' berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah menjengukku ketika aku aku sedang menderita sakit. Rasulullah s.a.w telah bersabda
"Bergembiralah wahai Ummu Al-Alla', sesungguhnya dengan sakitnya orang Muslim itu akan menghilangkan kesalahan dosanya seperti api yang menghilangkan karat emas dan perak.."



Jangan tinggalkan tempat tidur

Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila seorang isteru meninggalkan tempat tidur suaminya, para malaikat akan melaknatnya sehingga pagi.."

Jangan menjadi orang yang keji


Aisyah r.a menceritakan bahawa sekumpulan orang Yahudi datang kepada  Rasulullah s.a.w dan berkata
"Wahai Abu Qasim,kamu harus mati. !"  Rasulullah s.a.w membalas "Kamu pun harus mati ! "
Aisyah r.a yang mendengar celaan itu juga membalas "Kalian harus mati lagi hina !"
 Rasulullah s.a.w kemudian bersabda kepada Aisyah "Aisyah, jangan kamu menjadi manusia yang keji"
Aisyah r.a menyoal semula "Bukankah tuan dengar apa yang mereka katakan itu ? "
Baginda menjawab "Bukankah aku telah membalas perkataan mereka dengan perkataan ku"




bersambung .... (tak larat nak taip dah)


dari :



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...