dah nak final exam dah rupanya..
bila masa-masa kecemasan macam ni baru lah rasa
kismis tu makanan terbaik untuk otak dan
makan ikan tu lagi bagus dari makan ayam..
ooo... bila la nak ada KFF
(Kentucky Fried Fish)
*nota kecil yang dibuat semasa masuk kelas
dekan semalam (quality and management)
mesti dekan bangga kan.. duduk depan..
khusyuk je pegang pensil dengan kertas..
lepas tu angguk-angguk kepala konon-konon nya tengah concentrate gila..
dekan siap cakap lagi..
"tak payah salin.. nanti saya upload dalam portal ya.."
maaf,dr.. saya 'salin' benda lain..
ooo.. hari tu baru bercerita pasal perut..
dan kali ni nak cerita pasal perut lagi..
*perut tengah berbunyi pula.. -.-"
masa aku darjah tiga..
zaman muda rambut kembang versi alleycats
kakak aku yang nombor dua pernah kena penyakit orang panggil appendik...
tapi masa tu naif gila..
"appendik tu apaa,ya mak ??"
dan masa mula-mula masuk kukum ni
(nama sekarang Unimap la)
en rezal (pengetua kolej kediaman KKE dulu) pernah cakap..
"haa.. ni hospital kangar.. kalau awak sakit ke..
kena appendik ke.. nanti awak pergi je sini..
beritahu yang awak student KuKum.. percuma je .. "
nama sebenar penyakit ni adalah
radang appendik..
appendik tu sebenarnya salah satu organ kat perut
ada juga yang cakap
"kau ada appendik.. aku tak ada.."
woi.. semua orang ada la menatang tue..
*gambar paling senonoh yang dapat cari..
sebenarnya radang appendik ni adalah dimana
appendik itu menjadi bengkak dan bernanah..
antara simptom-tanda awal adalah
mula-mula akan rasa sakit kat kawasan pusat dan kemudian akan merebak ke
bahagian kanan perut..
(kalau kiri tu orang kata batu karang.. kalau berbunyi pula,orang kata tengah lapar la tu..)
kemudian, sakit akan menjadi makin teruk..
pada mulanya sakit itu agak jarang terasa..
tapi makin lama menjadi makin kerap..
hilang selera makan
sembelit
dan banyak lagi..
kadang-kadang bila dalam keadaan teruk,kalau dalam keadaan bergegar
(macam naik bus dari pauh ke kuala perlis)
akan membuatkan rasa sakit yaaa aammaaat..
antara komplikasi penyakit ni adalah
appendik akan pecah
periotinitis
apa itu periotinitis..?
maaf.. saya pun tak tahu..
pergi la cari kat si google atau kakak yahoo..
ni bukan blog budak medic..
atau blog kakak nurse yang comel
atau tukang bawa ambulan yang tak pernah kena saman walaupun bawa laju..
ni blog budak yang disuspek kena appendik
yang dimarah secara keras dan paksaan
oleh doktor kat klinik kg wai pagi tadi..
" you mesti admit hospital hari ni.. pergi bahagian emergency terus"
*muka garang
"alaaa.. doktor.. saya ada test malam ni "
*muka kasihan
"suruh hospital tu call lecturer awak.. minta postpone test.."
*lagi bertambah 'cengih'
"baiklah saya pergi sendiri nanti"
*muka terpaksa
dan akhirnya..
nah.. !!
duduk depan laptop dengan mengadap blog,facebook dan
nota-nota instrument sambil pegang perut tahan sakit...