tak salah kan kalau entry bolok kali ni
nak bermood ustazah ..
ustazah yang tulis blog sambil dengar lagu
bruno mars-talking to the moon
dan menyanyi kuat2 sambil joget - joget pakai kain batik
apa !! ingat aku tak reti pakai kain batik kaaa... !!
sabar izzi ..
ustazah-ustazah..
e'ehh.. tukar mood..
bukan ustazah
prof izzi sadali..
renung-renungkan lah dan selamat beramal
:)
dalam Al-Quran ada tertulis
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibubapamu, hanya kepadaKu-lah tempat kembalimu (untuk menerima balasan)"
- (Luqman 31:14)
Allah s.w.t memerintahkan agar kita berbuat baik kepada ibubapa
selepas perintahNya agar menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu sepertimana firmanNya:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".
- ( al-Isra` 17:23)
dan ingat lah
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta bertanggungjawab.”
(Al Isra’ (17) ayat 36)
sejurus sahaja kita dilahirkan di dunia ini,
ibu bapa kita memandang dengan penuh harapan dan kasih sayang..
mahukah kita mensia-sia kan harapan tu... ??
oleh itu, sementara ibu bapa kita masih hidup ni, berbaktilah dengan mereka. jagalah tertib kata-kata kita dengan mereka terutamanya ibu kita..
sekali kita lukakan perasaan mereka .. berkali-kali akan di soal di Akhirat kelak...
kambing pun pandai sayang mak dia taw..
mak..
tunggu orang balik naaaa..
nak makan cekodok..
mak saya comel kan
macam saya.. ^_^
2 comments:
kau tau pakai kain batik rupenyee!
baru aku tahu,HAHA
hahaha..
bru taw kaaa... ??
:D
Post a Comment