hari ahad lepas baru je tengok cerita
Taare Zameen Par
berkurun lama cerita ni dalam hard disk..
dan berkurun lama dah dengar orang kata
"cerita ni best ooo~~"
bila BFTJ datang lepak-lepak baru hegeh-hegeh buka cerita tu..
oh ! BFTJ ni bukan BFTJ yang dalam post hari tu
ni BFTJ dari hari pertama jejak kali kat Perlis, Izzah..
oh ! saya banyak BFTJ :)
kitaorang memang suka 'buka wayang' ramai-ramai..
pernah sekali kitaorang tengok cerita hantu dalam library...
share earphone..
pastu masing-masing tutup mulut takut terjerit..
pandai budak ni berlakon..
cerita Taare Zameen Par ni pasal kanak-kanak disleksia..
dan
tahukah kita sebenarnya ramai antara kita tak sedar anak-anak mereka ada
syndrom macam ni..?
(buat ayat macam dah pengalaman jee..
macam ada anak jee..
tak pe kumpul ilmu dulu...)
ok !
Disleksia ni sebenarnya adalah satu masalah pembelajaran
iaitu kesukaran kanak-kanak tu mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar dan bercakap
Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit
dan ia tak perlukan ubat pun untuk merawat..
ramai juga sebenarnya orang yang mengalami disleksia semasa kecil...
macam pakcik ni
dan abang kacak ni
oh !! abang tom kuruih !
eh ! pakcik..!! umur dia da 50 tahun kot.
MACAM MANA NAK KENAL KANAK-KANAK YANG ADA DISLEKSIA ??
kalau kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah.
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soala
dan kalau kanak-Kanak Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
dan kalau umur 9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Mengeja
Timbulnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v
Membaca
Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
cat – cat
Nombor
kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6
Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,atas, bawah serta pengamatan yang lemah
yang jadi masalah bila
kadang-kadang ibu bapa tak faham keadaan anak..
terutamanya bila tak ada pengalaman..
dan anggap anak tu "lembab" atau "malas"..
ye la.. kanak-kanak mana la tau nak beritahu ibu bapa nya..
tak kan la ada kanak-kanak umur 9 tahun jumpa ibu bapa nya dan cakap
dan mungkin juga ibu bapa memang
tak sedar anak mereka alami benda macam ni..
almaklum lah.. anak yang sulung dapat keputusan ok..
tiba-tiba anak bongsu pula asyik kena denda dalam kelas, dapat result tak ok..
oh !
ini bukan pengalaman..
ni dari cerita Taare Zameen Par ni...
tapi ini bukan bermakna ibu bapa tak amek peduli tentang anak mereka..
dan
yang penting !!
kesimpulannya
Aamir Khan masih kacak seperti dulu..
heeee...
2 comments:
pasal disleksia ni... kalau dia minat sesuatu...
dia akan khayal dengannya...
these poeple are more plug n play...
simple dan ringkas... tak suka benda yang susah.
cth : baju, kasut, seluar main sarung ajer, tak nak butang...
tali pinggang... zip.. pakai topi... sikat rambut...
(tu semua melecehkan bagi kekanak disleksia)
Ada satu cerita sedih pasal student diskleksia berlaku
disalah satu IPTA/S yang dirahsiakan namanya.
Sorang pun x nak group dgn budak ni sbb dia ni lembab
sgt. Akhirnya, projek video animasi yang sepatutnya
buat 4 orang, dia terpaksa buat sorang2.
Maka dia cuba siapkan final project tanpa bantuan
sesiapa KECUALI seorang pensyarah. Pensyarah nilah
yang bagikan tumpuan sepenuhnya kepada student ini
setiap hari (sebab budak ni dtg jumpa lect dia setiap
hari dengan buku notanya)...
Nak tau apa jadi.... setelah semua buat presentation
(2 minggu jugak presentation final project diorang ni...
siap panggil artis jemputan), keputusannya final project
video animasi budak disleksia ni mendapat anugerah
juri... bukan sebab kesian, tapi sebab memang terbaik....
sekarang ni, student tu dah graduate n tengah tunggu
konvo... nak tau CGPA dia... 3.60 (nangis x? gi la bagun
buat air atau buat2 ngantux... hehehehe....
disleksia ni bijak dan kreatif orangnya berbanding
autism... (mcm izzianti juga... eh.. tak...!
tak...! tak..! gurau)
dulu, dia dianggap sebagai orang OKU. tapi sekarang,
tidak lagi sbb dari segi fizikalnya... tiada apa2
kecacatan (mcm izzianti... ehh... takkk...!!
gurau lagi...)
nice research...
wahhhh !!! alhamdulillah !!
bagus !!
Allah da tetap kan kan kelebihan dan kekurangan seseorang tu... kan....
that's why kita as normal people, xley nak kutuk aptah lagi hina org kan...
3.6 ? tak terjangkau pointer tu...
hahah !! nasib baik tak nangis..
(hampir je)
kekekeke~~~
anyway.. thanks for sharing this great story... :)
Post a Comment