Saturday, February 26, 2011

she is the best because she is my emak.


the best and softest place that i ever been :
your arm

the best restaurant who make delicious food in the world : 
your kitchen

the best place that willing to carry me in nonstop in 9 month 
your stomach

the best shield that always protect me in every moment in my life : 
your hands

the best recorder always patient to hear every single of my words : 
your ear

the best CCTV that watch me grow up :
your eyes

the best phrase and quotes that i always like hear : 
your words

the best thing i ever keep in my mind in every second on my life :
your face and your heart

the best and strongest things that i ever known :
your patient and calmness 

the words that always come out from my mouth in my pray :
your name

the best medicine that i wants when every time i sick or sad :
your care and your voice

the prettiest and most adorable picture that i ever seen :
your face

the best place that i will find when i want to cry : 
your shoulder

the best loyal and true friend that i can laugh and cry with : 
you




even i'll try to find at every single books in the best library or encyclopedia 
in the world..
i never find the best words to describe about you.. 
i'll try.. but lastly i give up..

because i knew you are my mother
and ALHAMDULILLAH
i'm glad i'm your daughter..


KAKAK SAYANG MAK 
:)


*mak saya pun pandai posing macam saya..
heeeee.. 

Friday, February 25, 2011

iklan sebentar

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.






* rasa bertanggungjawab nak mengingatkan orang lain..
pasal da ramai sangat antara kita yang bangga diri..
 sehingga tak menjaga hati kawan sendiri ..
minta-minta kita dijauhkan dari begitu..
amin.

honda civic type-R

ya !! 
ini semestinya bukan website dealer kereta
atau blog engineer Honda..




kali ni nak story da' mory pasal kereta yang tiba-tiba bila aku tengok
akan jadi tergamam dalam masa 70 saat.. 
HONDA CIVIC TYPE R

meh nak cerita pasal specification nya..
mula-mula pasal engine

engine capacity : 1,988 cc
engine type : 4 cylinder DOHC VTEC
compression ratio : 11.7
power : 225 horsepower

okey..
buat kaum wanita yang tak memahami pasal engine-engine ni
nanti aku cerita dalam entry lain ya..
benda yang senang nak faham ialah 

tangki minyak dia : 50 liter ya.. 
dah boleh kira budget untuk minyak..
nak laju guna RON 97.. 
tengah bulan makan maggi..
jenis : manual.. ada 6 transmission gear..
dan akan bergerak sejauh 10.8 km untuk seliter
dan tayar nya bersaiz 18" dan semestinya lagi besar dari tayar motor..







*berusaha nak lukis gambar kereta ni ..
akhirnya tinggal separuh.. lagi separuh dah kena potong..




warna merah ni pun cantik juga..
nampak grrrrrrr.... 




balik subang bulan depan nak cakap dengan berhemah la
" MAK,AYAH .. 
NAK KERETA NI BOLEH ?? 
NAK BAWA BALIK PERLIS.. "

Thursday, February 24, 2011

bila menangis itu ada kebaikan, jadi menangis lah

puas dah pusing keliling google
nak cari macam mana mata boleh menangis..
dan macam mana dari perasaan tu boleh dikeluarkan dengan air mata..
tapi last sekali tak jumpa-jumpa juga..
aish..
 bakal-bakal atau sudah jadi doktor diluar sana tu
meh la kasi info pasal mata..

yang dapat dicari kat pakcik google ni
kebaikan menangis.
wow !!
menangis pun ada kebaikan..


Kebaikan Pertama : Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, 
jadi bukan hanya mata itu sendiri. 
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrat pada membran mata
yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur. 
tapi kalau terlebih nangis pun boleh bertambah rabun juga kan..
MySpace


Kebaikan Kedua : Membunuh bakteria

Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan 
lisozom yang boleh membunuh 
sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
jadi tak payah lah susah-susah tenyeh eyemo kat mata lepas ni..
MySpace

Kebaikan Ketiga : Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh 
menurunkan level depresi kerana dengan menangis, 
mood seseorang akan terangkat kembali. 
Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis
 kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna 
dalam menstabilkan sistem metabolisme tubuh 
berbanding air mata yang dihasilkan dari kerengsaan mata.
MySpace

Kebaikan Seterusnya 
eh.. no empat : Mengeluarkan racun:

Seorang ahli biokimia, William Frey 
telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
haa !! jangan pula bila air mata ni jadi racun kau orang
terus guna nak matikan nyamuk atau semut.
MySpace

Kebaikan kelima ya : Mengurangkan stress

 Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, 
air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.
MySpace

Kebaikan keenam pula : Membina komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga dapat membantu seseorang membina sebuah komuniti. 
Biasanya seseorang menangis selepas menceritakan 
masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, 
dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
tapi jangan lah kalau baru nak berkenalan dengan orang, terus menangis depan dia..
kunun-kunun nak eratkan silaturrahim..
tapi kadang-kadang menangis depan kawan ni pun tak ok juga..
ada kawan yang baik akan menangis sekali dengan kita.. 
tapi ada juga yang kawan akan ketawa bila kita menangis..
MySpace


Dan akhir sekali.. : Melegakan perasaan

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.Keluarkanlah masalah di fikiran lewat menangis, 
jangan dipendam.
menangis lah anda sebelum anda ditangisi.. 
MySpace

jadi 
marilah kita menangis beramai-ramai.
huwaaaaaaaaaaaaa 
T_T


credit : kingtop



letting go does'nt mean giving up..
it's mean accepting something that 
never meant to be.

semoga bahagia.
amin.

Wednesday, February 23, 2011

kamu.




sometimes when i feel like this..
i'll always ask my self..
 " why him ?? "

and now..
i don't know what to do..
oh... 
i'm pity with my self.. 

now after 2 year,
this feeling will be continues for another seconds,
minutes,days and maybe year more
until ...







susah kan menyukai,mengagumi,menyayangi orang ni..
aiyo !!!  
tiba-tiba rasa nak termengaku pula.. 
-.-"

Tuesday, February 22, 2011

ju-on bangun tidur.




bangun tidur..
rambut jadi serabai..
mata sepet..
tangan teraba-raba cari spek..
leher sakit..



dan oh !!
akibatnya satu hari rasa kepala jadi teleng..
ni gara-gara salah bantal.. 


hilang sudah konsentrasi untuk sehari..
aishhh .. 
-.-"

Monday, February 21, 2011

tips : nak buat keputusan


 "...the words from your mouth will be empty and each action will be meaningless
unless your heart,your soul, and your whole being are behind every DECISION you make,
truth and confidence are the roots of happiness....
"


setiap hari dalam kehidupan kita kena buat keputusan..
nak bangun tidur pun nak kena buat keputusan..
pukul 6 ke.. pukul 6.15.. ??

kalau benda kecil, mungkin kita boleh buat keputusan dalam masa sekejap..
tapi kalau melibatkan orang lain.. 
contohnya keluarga,kawan-kawan,orang yang kita sayang..
tak semua nya kita boleh buat keputusan dalam sekelip mata.. 
lebih-lebih lagi kalau melibatkan masa depan..
salah pilih kang.. 
ekau yang merana..
eden tak tahu.. 


meh nak kongsi sikit.. cara nak buat keputusan..
mungkin tak berapa tepat sangat..
 almaklum lah saya bukan pakar motivasi..
tapi sekurang-kurangnya nak membantu memberi idea kepada siapa-siapa 
yang nak membuat keputusan ni..

1. buat senarai pro dan kontra nya..
rajin-rajin la sikit tulis..
pro dan kontra nya..
dari situ kita boleh nampak mana yang lebih memberi manfaat..
mana yang lebih memberi masalah..
2.kaji betul-betul keputusan nak diambil.
orang kata fikir guna akal..
berhakim kan dengan hati.. 
baru tenang nak buat keputusan..
jangan serahkan semuanya pada fikiran..
takut nanti hati jadi kecik..
ooo.. kecik hati... 

3.bertanya pada pihak ketiga..
selalunya kalau bab jodoh contohnya..
kalau dah banyak calon tapi tak tahu nak pilih mana satu.. 
cuba bawa semua calon tu jumpa keluarga..
gerak hati mak ayah selalu tepat..
kalau tentang masalah lain.. cuba tanya pada yang lebih pakar..
tanya pendapat dan mencari idea untuk dibuat keputusan..


4.solat istikharah..
minta petunjuk dari Allah swt..
tapi petunjuk tak semestinya dari mimpi..
tapi mungkin dari apa yang kita lihat..
dan apa yang kita rasa..

5. tawakal.
dengan cara "wait and see" pun kadang-kadang dapat 
menentukan apa keputusan yang kita nak pilih..
dan redha dengan setiap apa yang berlaku..
jadi bila dah buat keputusan walau pun kita rasa macam tak betul juga..
sekurang-kurangnya kita akan rasa lebih tenang..


dan kena ingat..
insyaAllah..
kalau niat kita baik..
Allah akan permudahkan.. 
amin.

Saturday, February 19, 2011

jodoh kita seiras dengan kita kah??

semalam sebelum nak tidur..
tiba-tiba terfikir satu benda
"betul kah orang kata jodoh kita 
akan seiras dengan kita ?? "

bila difikir balik secara general-nya kan..
seiras tu tak semestinya seiras dari segi luaran.. maksudnya wajah..
mungkin dari seiras dari persamaan yang ada antara kita dan jodoh kita..
dari segi benda yang disukai,perangai ke..
kalau kena wajah yang betul-betul seiras..
jenuh lah nak pergi pusing semua ceruk Malaysia semata-mata nak tengok muka yang sama..


apa-apa pun kita sebagai orang yang beragama Islam ni
 jangan lah terlalu percaya sangat dengan benda-benda macam ni..
kita tak tahu apa yang dah ditetapkan dekat Luh Mahfuz..

setiap perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki..
insyaAllah.. cepat atau lambat jangan dipersoalkan..
ini tak.. kawan tak kahwin lagi dah tanya
" si A dah kahwin, kau bila lagi ??"
kalau lah orang tu tahu siapa sebenarnya jodoh dia..
dah lama dah dia kahwin..
aish..-.-"


ingat..
yakin lah jodoh itu ada untuk kita..
yakin pada Tuhan.. 
Allah s.w.t da tetapkan yang tebaik untuk kita semua..
jika kita berikan yang terbaik kepada-Nya..
insyaAllah.. kesabaran kita akan berbaloi ..
 takdir itu rahsia Allah..








dan
jangan jadi macam aku..
gigih cari siapa yang muka seiras dengan aku..
bila dah jumpa terus buat wallpaper laptop..
oo.. choi siwon... 
MySpace



ooo.. 
semoga 'dia' dapat jodoh yang baik
dan menjadi imam serta khalifah yang baik..
amin.. 
:)

Friday, February 18, 2011

kakak yang bernama irna wati

kalau hari tu aku bercerita pasal kakak aku; izwaashura 
yang makin glamer dari aku..
-.-"


hari ni aku nak cerita pasal kakak aku yang sorang lagi 
tapi aku lagi glamer dari dia..
heeee..

dalam kami 5 orang adik beradik perempuan ni..
kakak aku yang ni yang lain sikit..
*cuba tengok yang mana lain dari yang lain..
yang tu la angah aku..
dan semua mewarisi kecomelan mak kan.. 
heeee.. 


nama dia ikut kad pengenalan ialah IRNA WATI SADALI
(yang ni confirm aku tak salah eja)

tapi kami panggil angah je..
dah nama nye anak kedua kan... 


angah aku ni kira yang paling cun dari kami adik beradik

satu benda yang aku tak boleh lawan
dia terer gila mengumpul peminat.
dari masa sekolah sampai la dah kerja..
dah ada anak 4 ni pun ada orang nak ngorat dia..
kalah aku.. -.-"

koleksi gambar lelaki yang dia ada..
pergggghhh !!
memang banyak gila...
tak cukup 2 album..
dan akhirnya Rahmat Yahyah juga dipilihnya.. 



dulu dia minat gila dengan sofea jane..
rambut, baju semua macam sofea jane..
ok !! fine.. dia putih..
boleh la jadi macam sofea jane..
kalau aku..
black jane je.. 
-.-"

*angah (duduk depan paling kanan)
sebelah dia tu along aku
yang tersengih cover gigi tu alang..
time ni aku tak wujud lagi ..
masih bergolek-golek dalam perut..

masa kecik-kecik dulu..
kalau nak pergi keluar dating aku lah jadi pengcovernya..
naik motor konon-konon nak bawa aku pergi jalan..
tapi pergi dating sebenarnya..
balik dapat upah..

bila aku dah besar nak buat macam tu la juga..
nak dating bawa adik aku..
tapi tak berjaya pula..
bagi upah banyak untuk adik aku pun 
bila balik nanti dia jerit juga kat mak aku
" mak, tadi kakak bawa jumpa kawan laki.. "


dan satu lagi rekod yang angah aku pegang
dan aku dalam misi nak pecahkan rekod dia(heehehh) ialah
selalu masuk hospital..

memang banyak kali lah dia masuk hospital..
mak aku bersalin dia yang pengsan..
last sekali dia tingkat 4 mak aku kat tingkat 2..

belum lagi kes asyik kena bisul..
kat kepala la.. ketiak laa..
lepas tu masuk hospital pasal appendik ..
pengsan kat rumah..

tu belum termasuk pernah kena sampuk dulu..
yang bab ni aku tak nak pecah rekod.. 
heee.. seram oooo.. 


angah aku ni garang juga la..
paling garang antara kami 5 beradik..
dulu aku tak rapat dengan dia..
pasal asyik kena marah je..

*masa ni pun kena marah dengan angah aku..
pasal aku nak buat aksi tangan kapal terbang..
tu yang kena duduk menyenget tu.. 



angah aku rapat dengan alang aku ni..
dulu ada je benda yang dorang bisik-bisik..
pastu aku pun buat-buat la nak main dekat-dekat situ
dengan harapan boleh la dengar sikit-sikit..
tapi last sekali aku yang kena halau..
-.-"


dan sekarang ni..
angah aku dah nak ada 4 orang anak dah..
nak masuk 5.. 
bulan depan keluar lah sorang lagi irna junior..
doakan semua nya berjalan lancar..
amin..
aipp !!angkat tangan sekali..baca doa juga..
amin.. 



dan kenapa aku cerita panjang lebar pasal angah aku ni..
pasal hari ni
19 februari..
hari lahir dia. 
selamat hari lahir angah !!
love u laaa..
heeee...



dan oo..
lupa nak bagitau 
kenapa tak banyak gambar angah..
pasal angah tak ada facebook..
heeee.... 

cepat kira BMI kau !!

misi : menaikkan berat badan
ketinggian : 152 cm
berat dulu : 44.5 - 45 kg

nak naikkan sampai : 50 kg
oo.. melampau. !!
47-48 kg je..
dah la tak cukup tinggi..
ada yang kena angkat dengan kren nanti kan.. 



ok..
mari kira bmi dulu
apa tu BMI ??
nak kira kalori.. ??
nanti dulu lahh...
hari ni kita kira BMI je ye..
BMI= Berat (kilogram) /[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]
kalau kauorang genius kira congak pun boleh...
tapi..
ni kalau kauorang rajin la nak tekan kalkulator.
lau rajin lagi boleh guna sempoa.. alaa
yang ada manik-manik banyak tu.. 


buat siapa-siapa yang malas macam aku ni..meh cari website yang ada kira bmi ni..

 nama pun nak langsing
buka la laman web ni
 kalau nak tengok jadual pun boleh gak.. 
 *nak besar klik kanan..
nak besar lagi.. 
pi cari sendiri kat google..









yeay !!
 saya sihat..
BMI masih normal..
dah tak payah nak buat muka macam ni pasal 
risau tinggi tak setara dengan berat .. 
sampai dah terkeluar muka alien

Wednesday, February 16, 2011

semua pasal makanan (tagging)

credit by : ms. fiesyaa-chacha
dengan ucapan 
jom makan mcd jom !!

1. namakan 3 makanan yang korang paling suka 
dan bagi spesifik nama makanan tersebut dan da way u like it..

- segala jenis masakan yang ada ayam( kerana saya nak gemok !! heeee) 
-big mac mcd heeee..  
-sup macaroni..
sup cendawan
sup ayam .. ohh.. ayam lagi..
2. jenis air apa yang korang paling suka?
- segala keturunan teh.. ooo.. patutlah badan banyak angin..
-sky juice pun sodap..

3. which type of food yang korang paling prefer? pilih 3 malay, chinese, japanese, western, italian, mexican or arabian?
- Malay la.. da nama nya orang melayu kan.. 
- Western
- javanese ?? hahahaaaa..
4. apa makanan yang korang paling expert masak? dalam kata lain takyah tengok resipi tapi at da same time bila orang lain rasa orang lain akan kata..."wah, sedap gila~!!"
- maggi !!! cepat dimasak sedap dimakan..
hahaha... 
macam-macam nak masak boleh kot..
pasal mak mesti kata " haa.. da sedap tu"
5. semahal mana korang bayar makanan korang?
- around RM 70-80... pizza hutt !! 
6. beri nama restoren feveret. apa nama makanan paling sedap kat situ.
- McDonald ..
semua burger dia sedap..
ooo. sama dengan cik fiesyaa laa..
7. ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak2, landak, ayam denak, mana satu yang korang suka? kalo ada lain yang korang suka aku tak list korang bitau jelah.
-arnab pown sodap..
heee.. mesti la ayam.. 
oo.. chicken little je yang tak sanggup nak makan 
pasal comel..
heee..
8. restoren/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. dan makan minum apa? kalo korang ingatla..
- err.. mana ye..
err.. mana ada.. 
err.. wei betul laaa.. tak tipu..
tak ada..
9. apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang. kenapa?
-er... next question please.. 
10. kalo korang pergi rumah orang, korang harap tuan rumah tu hidang apa?
-dapat spagetti pun ok juga..
eh... kasi ayam golek lagi bagus.. 
11. makanan yang korang tak boleh telan langsung..samada tak sedap or tekak korang dah kembang..
- sardin..
bau je demam seminggu siap ada package food poison lagi..
tu baru bau je.. lau makan mau koma sebulan..
12. menu raya paling disukai?
- kari ayam dan nasi putih !!
hee.. muak daa.. raya makan nasi himpit.. 
13. jajan or cekedis feveret?
- sekarang ni sunsweet prune..
kata nak jadi macam maya karin telan brand prune hari-hari..
tak mampu beli, tu yang cari buah betul tu..
14. beri 2 makanan yang emak korang masak korang suka.
- semua jenis lauk..
-semua jenis makanan.. 
oooo.. rindu nya sama emak saya..
15. makanan paling pedas korang makan..sapa masak?
- banyak kot..
tomyam putih made in kangar..
(entah apa nama kedai dia .. )
16. kalo korang jumpa orang yang tag ni apa yang korang nak beli/belanja?
- jom mcd,babe... 
i belanja.. u bayar.. haaaaa...

17. sila tag 5 orang yang dipaksa untuk buat tag ni.
5 orang ?
erkk.. da kauorang baca kauorang buat laa...
heee..
dasar pemalas nak tag orang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...