ye !! dah nak masuk 5 april da..
terlewat 5 hari la pula..
sepatutnya entry ni dah buat masa 30hb haritu..
tapi oleh kerana si encik laptop ni tetiba kena jangkitan demam kepialu pula..
terpaksa la tangguh lama sikit nak buat entry ni..
seperti sebelum-sebelum ni..
aku dah buat entry pasal kakak nombor tiga dan kakak nombor dua..
sekarang ni nak buat entry pasal kakak aku yang sulung ni..
nama dia pun bermula dengan huruf I juga..
ISMANIZA
kawan-kawan panggil dia Is
tapi nama glamer dekat dikalangan keluarga mak mertua dia Iza..
(eh.. mesti la Along aku ni dah kahwin kan..)
*bukti along aku dah kahwin..
siapa berani kacau haaa !!!
dan oleh kerana banyak sangat Along dalam family kitaorang..
Along Azlee,Along Miza,Along Watie, Along Afzan..
jadi Along aku ni tergolong lah dalam kategori along-along yang ada..
jadi lah Along Isma..
dulu Along aku ni belajar kat ITM
(sekarang dah up sikit jadi UiTM)
amek Perancang Bandar..
time tu syok je aku tengok dia lukis pelan..
walaupun masa tu tak paham pun dia buat apa sebenarnya..
garis tu garis ni..
tapi aku tahu la dia tengah lukis..
segala mak-nenek pembaris yang dia guna jadi bahan mainan aku...
masa tu lah dari teringin jadi doktor terus beria-ia nak jadi arkitek..
tapi last-last tak jadi doktor atau arkitek..
tiba-tiba termasuk pula dalam budak kejut..
oo.. kejut tu singkatan dari nama kejuruteraan..
*oh ! ni masa Along,Alang dan Pak Su Lan aku datang masa
Konvo diploma 2 tahun lepas
wakilkan ayah yang nak operation jantung masa tu..
eh !! kurus kan time ni..
baru putus cinta katakan..
opsss !!!
dan aku suka sangat pengaruh Along aku
dengan benda yang aku suka..
macam dulu aku pernah pengaruh
dia tengok cerita Beautiful Life yang ada
Takuya Kimura tu..
dia tengok cerita ni sampai habis pastu terus dia beli CD..
lepas tu aku pengaruh dia lagi baca buku Nicholas Spark
A Walk To Remember..
dah berderet novel BI kat umah dia..
kalah koleksi komik aku daa...
tapi sekarang dia belum terpengaruh dengan suka melukis aku..
pasal dalam adik beradik aku tak ada lagi yang boleh challenge aku lukis lagi..
heeee....
* tengok !
siap bawa buku whimpy kids masa tunggu aku kat wad kecemasan
pengaruh aku juga ni..
Alongaku ni kreatif la juga..
semua benda seni pun dia agak terer la..
pernah dulu masa sekolah rendah aku amek cross stitch dia..
pastu bawa pergi sekolah pasal nak masuk pertandingan
terus menang tempat pertama..
tapi oleh kerana hadiah dia masa tu bekas pensil..
tak dapat la aku nak kongsi dengan dia..
heeee...
sekarang ni hobi dia dah bertukar..
suka nak berenang pula...
gara-gara masa dulu selalu main air masa rumah kena banjir..
bila dah besar terus nak belajar berenang..
gara-gara masa dulu selalu main air masa rumah kena banjir..
bila dah besar terus nak belajar berenang..
beria-ia la nak beli baju renang yang muslimah tu..
habis semua shopping mall kat area shah alam,klang dia masuk
pasal nak cari yang paling murah..
dan semestinya aku tak terpengaruh dengan aktiviti dia ni..
pasal
SAYA TAKUT BERENANG !!!
(tak reti sebenarnya)
yang bagus nya Along aku ni..
kalau aku minat nak buat apa-apa dia tak halang..
walaupun cuma minat separuh jalan je..
contoh nya masa aku tengah gila dengan kamera..
gigih aku seret Along dengan Adik aku pergi pusing KL..
semata-mata nak amek gambar..
*yang tengah menari tu bukan pendatang tanpa izin..
yang tu adik aku.. heee..
baju biru tu baru along aku..
*si kakak glamer aku sorang ni pun terselit juga.. -.-"
dan 30 hb Mac tu birthday Along aku sebenarnya..
dan oleh kerana aku masih tak bergaji lagi nak membeli hadiah..
cuma mampu tulis dalam blog ni je la..
heeee..
SELAMAT HARI LAHIR ALONG !!
love you laaa..
(ayat sama je dengan entry kakak-kakak yang lain)
* terbuat muka comel.
eh.. memang comel pun kan..
kan.. kan..
3 comments:
hamboihhhh eg, tak nak review ke birthday kita pulak? next year eh eh eh =D btw, happy belated birthday along eg ^_^
R for Ramasamy? Raju? Hah! Raja Gopal!!!!!!! Hahahahahah...
-KAKAK HANG YANG PALING GLAMER LAGIKKAN COMEL- :p
sara : hehe.. alamak !! ok!! next year ye.. taun ni da terlepas da.. heee...
anonymous : raja gopal adik da amek da.. razlan dah terlepas.. cari R len pula la.. hahaha
Post a Comment